Sikap..  

Wednesday, February 16, 2011

Sambutan Maulidur Rasul dicemari gelagat pekerja asing melanggan pelacur

Sambutan Maulidur Rasul hari ini sepatutnya memberi keinsafan kepada umat Islam, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila ia diambil kesempatan oleh lelaki warga asing termasuk yang beragama Islam untuk melakukan maksiat.

Dalam masa sama, pengusaha pusat-pusat pelacuran pula langsung tidak menghormati kemuliaan hari tersebut, apabila mengambil kesempatan mengaut keuntungan berganda dengan membuka perniagaan seawal pukul 8 pagi.

Semasa umat Islam di seluruh negara berarak meraikan sambutan Maulidur Rasul, terdapat gelagat kumpulan lelaki berhidung belang ini pula sanggup beratur menunggu giliran untuk mendapatkan khidmat seks daripada para pelacur.

Itulah senario yang boleh dilihat di beberapa rumah pelacuran di Jalan Petaling dan Jalan Thambipillay, Brickfields di sini, semasa cuti umum sempena Maulidur Rasul hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan terbabit mendapati rumah-rumah kedai usang dan kelihatan kotor yang dijadikan pusat pelacuran ini, dibanjiri lelaki warga asing yang dahagakan seks.

Malah, mereka yang datang seawal pukul 8 pagi, sanggup menunggu di depan pintu masuk ke premis pelacuran di tingkat dua bangunan rumah kedai itu untuk menunggu giliran dilayan.

Kebanyakan pelanggan rumah pelacuran ini terdiri daripada lelaki warga Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan Myanmar yang majoritinya beragama Islam.

Mereka yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh binaan, kilang dan pelayan restoran mengambil kesempatan sempena cuti umum hari ini untuk berehat dengan melanggan pelacur, malah ada yang mengaku turut mengunjungi kedai makan berhampiran untuk minum arak.

Bagi mengelak kegiatan haram itu dikesan, pemilik premis menempatkan 'bapa ayam' dan tonto di pintu masuk untuk memantau kehadiran pihak berkuasa.

Semua urusan melanggan pelacur dibuat melalui 'bapa ayam' kerana pintu masuk premis sentiasa ditutup dan hanya dibuka semasa pelanggan dibawa menemui wanita yang ditempah atau selepas selesai urusan.

Seorang pelanggan warga Bangladesh yang ditemui, Omar Mohamad, 35, berkata, dia memilih mengunjungi rumah pelacuran di Jalan Petaling bersama rakan-rakannya bagi memuaskan nafsu dengan bayaran yang dianggap paling murah.

"Di sini, kami boleh mendapatkan khidmat seks daripada gadis Filipina dan Indonesia yang rata-ratanya berusia awal 20-an dengan bayaran antara RM20 hingga RM30 sahaja.

"Pelacur di sini juga menarik kerana pandai menggoda dengan berpakaian seksi dan mekap tebal," ujarnya.

Ditanya sama ada dia menyedari bahawa hari ini adalah Maulidur Rasul, Omar hanya tersenyum sambil menggeleng kepala walaupun mengaku beragama Islam.

Seorang lelaki warga Myanmar juga mengaku beragama Islam, M. Yakkob, 40, berkata, dia mengetahui hari ini adalah Maulidur Rasul tetapi sengaja mengambil kesempatan sempena cuti umum itu untuk berehat-rehat.

"Saya bersama rakan-rakan memang biasa menghabiskan cuti hujung minggu atau cuti umum untuk melanggan pelacur dan minum arak di kedai berhampiran rumah pelacuran ini," katanya.

P/S

Subhanallah.. Kenapalah boleh jadi macam ni.. Ketahuilah selagi Hukum Hudud tidak dikuat kuasakan, maksiat seperti inilah yang kita akan sering hadapi sampai bila-bila pun.. NAUZUBILLAH…!!!!!

Kalau aku cakap pihak kerajaan tak guna.., ada yang marah.. Tapi hakikatnya...!!! Apa yang kerajaan pimpinan Najib buat..????!!!!

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Sikap..

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?