Syukur  

Wednesday, March 23, 2011

Bersyukur atas nikmat dan ujian

AYAT itu diulang sebanyak 31 kali dalam surah Ar-Rahmaan. Kerap membuat siapapun tertegun membacanya. Betapa kita, sebagai makhluk-Nya, terkadang terlalu sombong untuk sekadar mengucapkan 'terima kasih' kepada Yang Maha Pencipta, Allah SWT.

Sudah banyak sekali nikmat yang sudah Dia berikan. Namun, kita malah tidak bersyukur kepada-Nya.

Bukankah Allah SWT telah berfirman: Dan, Dia telah memberikanmu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu hajati. Dan, jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya, manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (Ibrahim: 34)

Sudah banyak sekali nikmat yang Dia berikan. Antaranya adalah nikmat manisnya iman, nikmat menghirup udara segar dan sebagainya.

Allah telah memberi gambaran yang menggembirakan bagi hamba-hamba-Nya yang bersyukur, dan ancaman untuk hamba-hamba-Nya yang kufur, seperti yang termaktub dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberitahu; Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu. Dan, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. (Ibrahim: 7)

Maka, syukurilah nikmat yang datang pada kita. Jangan kita terlena hingga kita lupa dan mendakwa kejayaan itu adalah hasil jerih payah kita sendiri, tanpa menganggap Allah sebagai Maha Pemberi.

Bila hal yang di atas berhubungan dengan pemberian yang sesuai dengan kehendak kita, bagaimana pula dengan pemberian yang tidak sesuai dengan keinginan kita?

Terkadang kita, sebagai manusia, mengeluh atau tidak mensyukuri pemberian Allah SWT yang tidak sesuai pada kita. Padahal, kita tidak tahu kalau itu sebenarnya baik untuk kita.

Kita hanya terus menyalahkan keputusan-Nya. Jarang kita melihat sisi positif dari pemberian itu. Padahal, Allah selalu memberikan yang terbaik untuk kita.

Oleh demikian, ketika ditimpa suatu musibah, janganlah cepat-cepat mengeluh. Lihatlah sisi positifnya.

Berfikirlah bahawa Allah sayang kepada kita, kerana Allah ingin segera menghapus dosa kita lewat ujian itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah seorang muslim ditimpa musibah berupa rasa lelahnya badan, rasa lapar yang terus menerus atau sakit, rasa sedih/benci yang berkaitan dengan masa sekarang, rasa sedih/benci yang berkaitan dengan masa lalu, gangguan orang lain pada dirinya, sesuatu yang membuat hati menjadi sesak sampai-sampai duri yang menusuknya melainkan akan Allah hapuskan dengan sebab hal tersebut kesalahan-kesalahannya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga ketika keputusan Allah tidak sesuai harapan kita. Mungkin itu adalah untuk kebaikan jangka panjang kita. Ingatlah, Allah memberikan apa yang kita perlukan, bukan yang kita harapkan.

Sebabnya, kita tidak tahu hikmah di sebalik kurniaan atau ujian Allah kepada kita. Ia sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah: 216)

Perpisahan dengan mereka yang kita cintai, penyakit yang menimpa kita adalah beberapa ujian yang perlu kita ambil sisi positifnya. Jangan kita terus mengeluh dan mengeluh.

Sesekali, beranikan diri kita untuk mengambil sisi positif daripadanya. Sebabnya, di sebalik semua kejadian, pasti ada hikmahnya.

P/S

Bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan..

Wallahu a'lam.

AddThis Social Bookmark Button


Strategi..  

Strategi elak tentera Islam

UMUM mengetahui lebih setahun selepas berlakunya pertempuran Perang Badar maka meletus pula Perang Uhud. Ia berlaku pada bulan Syawal tahun ketiga Hijrah.

Kali ini ia melibatkan pihak yang masih sama, iaitu umat Islam atau pengikut Nabi Muhammad SAW dengan kaum kafir Quraisy Mekah.

Perang ini adalah satu usaha dan nekad pihak kafir Quraisy untuk membalas dendam atas kekalahan yang sangat memalukan mereka di Perang Badar dahulu.

Namun mengapa mereka begitu ingin membalas dendam terhadap umat Islam jika hanya sekadar kalah di medan Badar?

Masing-masing sebenarnya cuba mengelak daripada meletusnya lagi sebuah peperangan. Antara faktor serta merta yang membawa kepada meletusnya Perang Uhud itu apabila berlakunya Sariyyah Zaid Harithah, iaitu serangan terhadap rombongan dagang milik Quraisy pada bulan Jamadilakhir tahun ketiga Hijrah, iaitu beberapa bulan sebelum meletusnya Perang Uhud itu.

Ini apabila semakin tiba musim panas yang lazimnya merupakan musim pengembaraan dagang saudagar-saudagar dari Mekah berdagang di Syam.

Apabila semakin tiba musim itu, kalangan kafir Quraisy semakin gelisah. Soalnya bagaimana dapat pergi dan pulang dan selamat dari Syam tanpa sebarang gangguan.

Ini disuarakan oleh Safwan bin Umayyah yang dilantik pada tahun itu untuk mengepalai angkatan perdagangan mereka ke Syam ketika dia bersama para pembesar Quraish yang lain duduk berbincang mengenai masalah mereka itu.

"Sesungguhnya Muhammad dan para sahabatnya pernah beberapa kali menyerang angkatan dagang kita. Kini kita tidak tahu bagaimana hendak menghadapi serangan-serangan yang seperti ini setiap kali kita hendak keluar berdagang kerana pasti diserang.

"Di setiap ceruk perjalanan, pasti mereka menunggu dengan kebanyakan penduduk luar Madinah juga begitu taat setia terhadap Nabi Muhammad dan tidak akan lagi memberi perlindungan dan bantuan kepada kita.

"Oleh itu kita tidak tahu jalan mana lagi yang selamat untuk kita lalui. Kalau kita tidak ke mana-mana dan duduk di sini sahaja, kita hanya akan makan dari harta pokok kita. Kemudian tidak ada apa-apa lagi yang tinggal untuk kita makan.

"Sedangkan hidup kita ini hanya bergantung kepada perdagangan ke Syam di musim panas dan ke Habsyah pada musim sejuk," kata Safwan.

Begitulah kesan perit yang terpaksa ditanggung oleh para kafir Quraisy apabila jihad ekonomi yang dilancarkan oleh umat Islam berjaya memberikan tekanan yang teruk kepada mereka.

Lalu mereka pun berbincang bagi mencari jalan keluar terhadap sekatan yang seperti ini kerana tidak boleh tidak mereka mesti keluar berdagang ke Syam demi meneruskan kehidupan.

Akhirnya salah seorang dari mereka, Al Aswad bin Abdul Mutallib memberi cadangan bagi menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.

"Kita mesti mengelak menggunakan jalan yang biasa mahupun menyusuri pantai kerana jalan yang perlu kita lalui kali ini adalah lebih jauh dari biasa, tetapi asalkan selamat.

"Kita perlu menuju sehingga ke Iraq, iaitu jalan yang sangat jauh dengan terpaksa melalui Najd sebelum kita menggunakan jalan menuju ke Syam, yang penting kita tidak lagi melalui jalan menghampiri Madinah," katanya.

Walaupun cadangan itu agak terlalu sukar dilaksanakan kerana ia memakan masa berbulan-bulan lamanya sebelum sampai ke Syam, namun semua mereka akhirnya setuju dengan cadangan Al Aswad itu.

Asal sahaja matlamat berdagang akhirnya tercapai tanpa sebarang gangguan dan serangan umat Islam.

Mereka kemudiannya melantik Farrat bin Hayyan dari Bani Bakar bin Wa'il sebagai penunjuk jalan dan Safwan sendiri akan mengetuai rombongan itu.

Lalu tanpa dapat ditangguh-tangguh lagi, bimbang rahsia arah perjalanan mereka akan bocor, mereka pun bersiap sedia dalam satu rombongan dagang yang besar untuk berdagang ke Syam.

Aktiviti dagang ini sebenarnya sebagaimana ada disebutkan dalam al-Quran yang bermaksud: Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy iaitu kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka menjalankan perniagaan pada musim sejuk ke negeri Yaman dan pada musim panas ke Syam.

Oleh itu, hendaklah mereka menyembah tuhan yang menguasai rumah Kaabah ini, tuhan yang memberi mereka kehidupan, menyelamatkan mereka daripada kelaparan dan mengamankan mereka daripada ketakutan. (Quraisy: 1-4)

Mereka pun bergerak secara rahsia mengikut laluan yang yang baru ini sambil membawa harta dagangan yang sangat banyak. Antaranya termasuklah sejuta dirham wang perak dan lain-lain barang dagangan yang bernilai tinggi.

Tidak ada sesiapa khususnya daripada kalangan umat Islam yang mengetahui misi dagangan dari Mekah itu sehinggalah pada suatu hari. Tanpa disangka rahsia itu akhirnya bocor juga! Bagaimana ini boleh berlaku? Pada suatu hari, tidak disebutkan sama ada berlaku di Mekah atau Madinah, seorang pengikut Rasulullah bernama Sulait bin Nu'man yang masih berkawan baik dengan seorang Musyrik Mekah bernama Nuaim bin Mas'ud sejak dari zaman jahiliah lagi telah bertemu.

Pada suatu hari mereka berkumpul sambil meminum arak yang ketika itu belum lagi disyariatkan sebagai haram diminum.

Nuaim minum sehingga mabuk dan apabila mabuk dan hilang kawalan diri, perkara yang sepatutnya dirahsiakan akhirnya terbongkar.

Akhirnya Nuaim sendiri yang menceritakan kepada Sulait akan rahsia rombongan dagang yang sedang menuju ke Iraq. Habis semua diceritakannya dan Sulait akan mengorek segala rahsia tersebut sehingga beliau berpuas hati.

Apabila Nuiam akhirnya rebah dan pengsan akibat mabuk yang teruk, Sulait pun segera menemui Rasulullah bagi memberitahu rahsia tersebut.

Walaupun maklumat yang diperolehi tidak memberikan sebarang ancaman kepada kedudukan umat Islam namun berita yang dibawa oleh Sulait itu benar-benar diambil perhatian oleh Rasulullah.

Lalu baginda melantik anak angkat baginda, Zaid Harithah untuk mengetuai sariyyah, sepasukan tentera kecil, iaitu terdiri daripada 100 anggota untuk melancarkan serangan terhadap rombongan dagang dari Mekah itu.

Dengan pantas, Zaid pun segera bergerak untuk membuat sekatan mengejut terhadap rombongan tersebut. Ketika itu pula rombongan dagang dari Mekah itu telah sampai dan berhenti berehat di sebuah mata air di Qardah di Najd.

Di situ, Zaid dan seluruh anggota tentera yang lain mula menyerang rombongan dagang kafir Quraisy yang tidak berdaya ditentang oleh Safwan dan ahli-ahli rombongan yang lain.

Bagi tujuan keselamatan diri sendiri, kebanyakan ahli rombongan tersebut lari lintang pukang meninggalkan segala macam harta dagangan mereka yang tentu sahaja dirampas oleh tentera Islam.

Yang ditugaskan sebagai penunjuk jalan, Farrat bin Hayyan juga berjaya ditawan. Apabila banyak harta rampasan dapat dirampas, Rasulullah sendiri membenarkan agar ia di bahagi-bahagikan kepada seluruh anggota tentera yang terlibat setelah baginda mengambil satu perlima bahagian dari harta-harta tersebut.

Serangan yang dikenali sebagai Sariyyah Zaid bin Harithah ini benar-benar merupakan satu insiden buruk kepada puak kafir Quraisy selepas kekalahan di Perang Badar.

Kebimbangan mereka makin bertambah-tambah, masa depan mereka kini semakin sukar untuk diramalkan.

Ini menyebabkan ada dua pilihan sahaja yang boleh diambil, sama ada berdamai sahaja dengan umat Islam atau sebuah angkatan perang yang kali ini lebih kuat, lebih ramai, lebih bersedia fizikal dan mental, lebih segala-galanya perlu disediakan untuk menghapuskan umat Islam dalam sebuah lagi peperangan!

P/S

Takbir!!! Allahhuakbar!!!

AddThis Social Bookmark Button


Video seks..  

Tuesday, March 22, 2011

Video seks pemimpin pembangkang didedah

Satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota didedahkan kepada pihak media hari ini.

Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh satu kumpulan yang enggan dikenali dan diketuai oleh seorang yang hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T'.

Menerusi video bertarikh 21 Februari lalu, aksi hubungan seks ahli Parlimen itu berlangsung selama kira-kira 19 minit iaitu bermula pukul 10.23 malam dan berakhir pada pukul 10.42 malam berdasarkan kod masa dalam rakaman berkenaan.

Datuk T turut memiliki seutas jam tangan Omega yang dikatakan milik ahli politik itu yang didakwa diambil oleh wanita berkenaan semasa mengadakan hubungan seks pada tarikh tersebut dan menunjukkannya kepada wakil media sebagai bukti.

Menurut Datuk T, rakaman itu diperoleh apabila beliau diarahkan oleh ahli politik tersebut supaya mengambil jam tangan berkenaan.

"Saya diminta mencari jam itu di bilik hotel tetapi tidak menjumpainya. Ketika mencari di belakang laci meja solek saya terkejut apabila ternampak wayar berselirat.

"Saya cungkil laci yang berkunci itu dan mendapati ada empat kamera litar tertutup (CCTV) dan satu perakam tersembunyi di dalamnya," katanya.

Datuk T menambah, beliau mahu pemimpin pembangkang itu bersara daripada politik sekiranya tidak mahu video tersebut disebarkan kepada umum.

Justeru, beliau akan menyerahkan satu salinan video tersebut kepada ahli Parlimen itu serta isterinya dalam masa terdekat supaya mereka sendiri boleh mengesahkan identiti individu yang dirakam melakukan hubungan seks dengan pelacur yang berusia 20-an itu.

"Jika beliau dan isteri tidak berundur daripada politik dalam masa tujuh hari selepas menerima salinan video tersebut, saya akan menyerahkannya kepada satu panel pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli forensik bagi menentukan keaslian rakaman itu.

"Selepas itu baru satu dunia tahu siapa beliau dan mengapa saya melakukan semua ini? Saya sudah muak dengan segala pembohongan, cukuplah dan kini masyarakat awam perlu mengetahui perkara sebenar," tegasnya.

Bagaimanapun, Datuk T enggan menyerahkan salinan video tersebut kepada pihak media kerana khuatir ia akan disebarkan secara tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak mengetahui pihak yang bertanggungjawab memasang CCTV berkenaan serta tujuan ia dipasang, namun percaya ia dilakukan oleh pihak pengurusan hotel kerana ahli politik tersebut dikenali ramai dan pernah terpalit dengan beberapa skandal seks sebelum ini.

P/S

Korang percaya ke semua ni….? Walaupun aku belum tengok video `haram jadah` tu lagi, dan aku memang tak kebulor pun nak tengok nya.., aku pasti itu bukan video yang asli, yang boleh dijadikan sebagai bukti.. Dalam zaman yang seba moden dan canggih ini.., apa pun boleh direka.. Pada pandangan aku.., Dato` Seri Anwar tu seorang yang tulus.. Kita boleh nampak dari riak wajahnya.. Takkan lah beliau sanggup nak lakukan perbuatan terkutuk seperti yang diwar-war kan sehingga kini.. Yo Najib aku nak tanya ko…, apa lagi pembohongan dan fitnah yang ko nak reka lagi..?!!!

AddThis Social Bookmark Button


Penafian..  

Anwar nafi bukan dirinya



Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan penglibatan dalam video lucah yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara di sini hari ini, dengan mendakwa ia satu lagi konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau dan keluarga.

Anwar mendakwa ia merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantut kemaraannya dalam politik dan PKR.

“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.

Beliau mengulas dakwaan satu kumpulan yang enggan dikenali yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Mengenai gesaan kumpulan terbabit yang meminta beliau dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR supaya melepaskan jawatan, Anwar berkata: “Saya tidak kenal siapa Datuk T itu. Kenapa pula dia minta saya dan Azizah letak jawatan”.

Anwar juga berkata, pada 21 Februari lepas iaitu tarikh didakwa video itu dirakam, beliau berada bersama keluarganya di rumah dan mendakwa mempunyai bukti melalui twitter dan Facebook.

“Pada waktu itu, saya tengah tweet dan semua bukti ini akan saya simpan kerana takut kena “hack”. Saya difahamkan bahawa gambar yang disiarkan itu adalah mirip saya, tetapi perutnya lebih buncit daripada saya,” katanya sambil bangun menunjukkan perutnya kepada para wartawan.

Mengulas soalan bahawa beliau kehilangan seutas jam tangan jenama Omega, Anwar berkata: “Soalan anda sepatutnya adakah saya mempunyai seutas jam Omega? Ya, saya ada. Azizah yang simpan jam saya.”

Sebelum itu, kumpulan Datuk T itu mendakwa memiliki seutas jam tangan, dikatakan milik ahli politik itu, yang didakwa diambil oleh wanita terbabit semasa mengadakan hubungan seks pada 21 Februari tahun ini.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Anwar berkata, beliau belum lagi melihat video berkenaan.

“Saya sudah berbincang dengan peguam saya mengenai perkara ini. Saya tidak tahu pembuatnya, saya tidak tahu jika ia akan diedarkan. Sebaik sahaja kami mendapat bukti dan orang itu muncul atau tampil, kami akan lakukan. Mengandaikan kerajaan adil dan telus kerana ia adalah saya,” katanya.

Sementara itu, Dr. Wan Azizah berkata, beliau terkejut dengan permintaan yang menggesa beliau meletak jawatan sebagai Presiden PKR.

“Apa yang saya dah buat? Sebelum ini mengatakan Anwar bersama dengan lelaki, tetapi saya hairan kenapa pula kali ini dengan perempuan. Ini adalah satu yang bermotifkan politik,” katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, pendedahan video tersebut tidak akan menjejaskan sokongan kepada parti itu.

P/S

Aku pelik la dengan kerajaan Malaysia ni.. Kesian dengan Dato` Seri Anwar Ibrahim tu.. Sudah-sudah la tu… Jangan la fitnah sampai macam tu sekali.. Beliau difitnah dah lama.., sejak dari era pimpinan Mahathir lagi.. Beliau tidak pernah mengeluh pun… Ingat lah bahawasanya Doa Orang-OrangYang Teraniaya itu, adalah Doa yang mustajab.. Takkan lah pemimpin Malaysia yang beragama Islam tu.., tak tahu menahu tentang perkara ni.. Jangan sampai Dato Seri Anwar hilang sabar dan putus asa dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada nya.. Jika suatu hari nanti, bala datang menimpa Najib dan kroni-kroni nya.., pada waktu itu nak menyesal pun tiada gunanya…

INGATLAH SEBELUM TERLAMBAT…!!!!!

TAKBIR..!!!! ALLAHUAKBAR..!!!!

AddThis Social Bookmark Button


Arak  

Tuesday, March 1, 2011

Arak musuh global

ISLAM memang mengharamkan arak sejak sekian lama. Sebabnya, ia lebih mendatangkan mudarat kepada manusia berbanding sedikit kebaikan yang diperolehi daripadanya.

Pengharaman arak atau minuman alkohol itu bukan sahaja oleh agama Islam, malah turut disokong oleh agama lain. Ia termasuk laporan oleh organisasi kesihatan di pelbagai negara.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan alkohol adalah punca kepada 60 jenis penyakit dan kecederaan serta komponen utama bagi 200 kecederaan yang lain.

Sejumlah empat peratus kematian seluruh dunia pula adalah disumbangkan oleh alkohol. Jumlah ini adalah lebih besar daripada kematian yang disebabkan oleh HIV atau AIDS, aktiviti keganasan atau batuk kering.

Statistik rasmi di United Kingdom pula mendapati, alkohol menyebabkan hampir 45-46 peratus kejadian jenayah.

Ia juga melibatkan 39 peratus keganasan dalam rumah tangga dan kajian juga menunjukkan hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

Di sebalik pelbagai kemudaratan akibat pengambilan alkohol atau arak ini, ramai yang masih tidak ambil peduli akan bahayanya. Orang Islam pun, ada yang tanpa segan silu dan bangga minum arak di tempat terbuka atau premis-premis eksklusif.

WHO juga melaporkan jumlah pengambilan minuman beralkohol pada tahun 2005 adalah 6.13 liter untuk setiap orang yang berumur 15 tahun dan ke atas.

Pengambilan paling besar iaitu 28.6 peratus atau 1.76 liter adalah alkohol atau arak buatan sendiri, arak tiruan atau yang dijual di luar kawalan oleh kerajaan.

Kebimbangan ini seterusnya membawa kepada pelaksanaan 'Strategi Global ke arah mengurangkan bahaya penggunaan alkohol' pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva, Mei 2010.

Antara strategi itu adalah memupuk kesedaran, komitmen dan kepemimpinan dalam mengurangkan penggunaan alkohol, polisi harga, tindakan komuniti dan mengurangkan kesan negatif akibat mabuk dan nyahtoksik alkohol.

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Bahagian III, Seksyen 9 memperuntukkan:

i) Mana-mana orang yang di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

ii) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

P/S

Ishk-ishk..!!! Banyak lagi air lain yang halal dan berhasiat untuk diminum.. Tapi air `kencing setan` tu yang diteguknya..!!!

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?