ALAM MAHSYAR  

Saturday, January 30, 2010

Salam buat smua pengunjung setia blog ini..

2,3 hari lps aku ade terbaca 1 artikel mengenai ALAM MAHSYAR iaitu alam selepas kematian.. Di alam tersebutlah , semua manusia akan di tempatkan setelah ajal dtg menjemput tiba.. Walaupun intipati cerita tersebut menakutkan aku tp aku sedar, bahawasanya itulah hakikatnya yg harus kita igt..!!! Em.., x guna aku celoteh panjang2.., cz klu aku celoteh panjang2, kang terpesong jauh lak citenya.. So apa2 pun korang reti membaca.., jadi read la sendri...

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya
“Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi..

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah :-

Pemimpin yang adil.
Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda..

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat..

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya..

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

P/S :-

Takut gak aku cite2 yg mcmni.. Tp 2 lah hakikatnya.. Kita sebagai org yg beragama Islam harus mempercayai cite2 mcmni, cz dlm kitab Al-Quran pun telah dsebutkan saat2 yg mcmni.. So bg sape2 yg masih x sedar diri akan terjadinya semua ni nanti dan korang semua.. bersiap sedialah.., persiapkanlah diri 2 dgn sering memperbanyakkan amalan2 dunia dan akhirat khususnya..

AddThis Social Bookmark Button


Bas pecut 170 km/j  

Friday, January 29, 2010

Salam buat smua pengunjung setia blog ini..

First aku open komputer waktu pagi.., aku akan read news dulu.. Sllu aku akan bukak Utusan online.. Aku read psl sukan je.. Tp tadi mase aku bukak..,aku terkejut dgn ape yg aku bace..!! Mcmne aku x terkezut.., ade news pasal bas pecut sampai 170 km/j.. Uih.., btl2 ganas tajuk dia.. Klu x slp aku.., ianya hampir sama dgn rekod yg penah ayah aku buat (masa p penang) he3... Depa ni dah lupa ke yg bwk laju 2 bahaya.., tambahan plk yg depa bwk 2 kenderaan berat..

Kita sering melihat di bahagian belakang badan bas ekspres tertera had kelajuan yang dibenarkan di lebuh raya iaitu 90 kilometer sejam..., korang ade prasan x..?!!!

Bila la driver2 bas ni nk sedar bahana speed bas laju2 ni.. Dah byk accident2 maut yg berlaku.. Semuanya kemalalangan2 ngeri blaka.. Perkara seperti 2 blm dpt menyedarkan pak2 driver bas lg ke..? Xkan la benda2 cm 2 nk kena batang idung sendri baru korang nk nyesal.. Igt!!! Klu benda2 cm 2 terjadi kat batang idung korang sendri.., nk menyesal pun dah tarak guna dah.. Hm.., x ade slhnya klu nk pandu laju2 sekalipun... tp biaq la kat tempat yg btl.. kat tempat yg kerajaan kita dah buatkan.. Haa.. Klu p situ, hangpa nk pederas saampai cabut ekzos pun.., lantak hangpa lah..Apa2 pun hangpa perlu igt bahawasanya, pak2 driver bas ni bkn sekadar bwk bas aje.., tp depa jugak bwk nyawa para penumpang2 di dalam bas 2 jugak.. Aku hrp para pak2 driver bas sedarlah.. Sedarlah sblm hangpa smua terlambat dan terlibat sama menjadi pembunuh...

video

AddThis Social Bookmark Button


SEDEY-SEDEY  

Tuesday, January 26, 2010


Salam smua pengunjung setia blog ini...

O.. Ini rupanya laki kak Zizie Izette kita .. dah lm ak dgr yg kak Zizie ni nk nikah.., tp x sangke plk aku yg dia nk nikah dgn mamat ni.. Hrm.. Idak le teman tau.. Aisey.. melepas aku.. Hrm.. ape blh buat dah jodohnye.., semuanya sudah suratan dari Ilahi.. Anyway walaupun aku rasa sedikit kegurisan di hati ini, aku ttp nk ucapkan TAHNIAH..




P/S

Terus-trang aku katakan yg aku mmg ade hati ngan minah Zizie ni.. Aku ni x la staraf dgn
org tua 2.. Dia kaya, ahli parlimen, glamor cz sllu gak arr.., masuk tv.. Tp bkn ancangan hiburan arr.. 4 your info.., mamat ni la org yg paling aku x suke kat dlm parlimen..Korang penah tgk x persidangan parlimen secara LIVE?! Erm.. Klu korang nk tau sbbnye.. , korang tgk arr.. (aku mls nk cite) kang melarat2 aku tls..

Apa2 pun.. Slmt berbahagia..

Kempunan aku.. hik,hik..

AddThis Social Bookmark Button


Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?