Dalglish mula langkah kiri..
Monday, January 10, 2011
Kepulangan semula Kenny Dalglish tidak mampu menyelamatkan Liverpool yang baru memecat pengurus lama Roy Hodgson, tersingkir di pusingan ketiga Piala FA kepada Manchester United di Old Trafford, malam tadi.
Jaringan penalti seawal minit pertama Ryan Giggs sudah cukup untuk memberikan kemenangan 1-0 dan menamatkan kegembiraan peminat fanatik Liverpool yang sebelum itu berharap bekas pemain dan pengurus itu mampu mengubah nasib buruk kelab Merseyside.
Dengan Liverpool hanya empat mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris, bintang seperti Fernando Torres bergelut dengan prestasi sendiri dan kini tersingkir daripada Piala FA, Dalglish, 59, memberi amaran kedudukan kelab itu tidak akan dapat diperbaiki dalam masa singkat.
“Kita tidak selalunya berjaya, dan untuk lebih realistik, saya fikir kita perlu berkata ‘mari kita mula dengan berjalan sebelum berlari,” kata Dalglish dalam laman web kelab itu.
“Jangan terlalu mengharap di sini dan fikirlah bahawa musim sentiasa berubah dan kita akan membuang segala yang sudah berlalu serta cuba mengekalkan kemenangan mulai sekarang hingga akhir musim,” kata Dalglish yang memenangi lapan kejuaraan liga selaku pemain dan jurulatih sejak 1977 dan 1990.
P/S
Sudah-sudah lah 2 Dalglish oii.... Kome udah kalah....
0 comments: to “ Dalglish mula langkah kiri.. ”
Post a Comment