Lelaki  

Tuesday, March 1, 2011

Lelaki pun takut poligami

KAUM lelaki turut tertarik dengan kisah poligami yang disiarkan beberapa minggu lalu termasuk saya. Namun jangan pula salah sangka, saya bukannya berpoligami atau merancang nak madukan isteri, tetapi sekadar memberi pandangan kerana salah besar kalau anda fikir semua lelaki suka berpoligami.

''Sebenarnya saya tabik pada sesetengah lelaki yang berpoligami, kerana mereka betul-betul mahir, berani, pintar, petah bercakap, pandai merancang dan banyak lagi. Kepada suami yang lurus memang tidak berani berpoligami walaupun dalam hati berkemungkinan ada niat ke arah itu.'' Demikian cerita Yuss dalam e-melnya.

''Saya sudah berkahwin lebih 21 tahun tak pernah terdetik sekalipun dalam hati saya nak berkahwin lagi. Begitu juga kebanyakan lelaki lain yang jumlahnya memang ramai di luar sana. Sebab mereka tahu dan faham tentang masalah yang bakal timbul kalau berpoligami.

''Bab pertama paling besar mematikan hasrat kami nak berpoligami, masalah kewangan. Saya memang tak mampu. Tapi ada kawan cadangkan mengapa jadi bodoh cari saja gadis atau wanita berkemampuan, berpangkat dan berkedudukan, pasti dia ada wang, maka masalah tak mampu tadi boleh diselesaikan. Pasti wanita tadi boleh bantu.

''Tetapi saya fikir satu bab lagi, gadis yang kita nikahi itu pasti hendakkan anaknya sendiri menjadi warisnya. Bab ini lagi berat, sebab bila usia dah meningkat bolehkah saya bangun tengah malam, bergilir jaga anak yang menangis, meragam atau buatkan susu anak, tukar lampin, cuci najis dan lainnya.

Mengandung

'Itu belum masuk bab hantar isteri pergi ke klinik setiap bulan semasa mengandung dan sekali lagi selepas bersalin. Bawa bayi pergi buat suntikan setiap bulan atau pemeriksaan lain jika demam dan sebagainya. Takkan saya nak suruh isteri muda itu pergi sendirian sambil kelek anak yang masih kecil. Tambah segan bila hantar anak ke sekolah rendah, waktu itu orang sebaya kita dah bergelar datuk hantar cucu ke sekolah kita pulak masih hantar anak. Nanti takut tersilap anak kita pun panggil kita datuk kerana terikut kawan-kawan.

''Sekarang anak bongsu saya dah 14 tahun, tak payah nak uruskan apa pun. Saya nak jalan dengan isteri ke mana pun senang, tak ada masalah tinggalkan dia dengan abangnya. Mereka saling membantu. Jadi mengapa saya perlu menyusahkan diri nak kahwin lagi? Bak kata orang tua-tua, kalau tak ada beban mengapa batu nak digalas?

''Selain daripada itu kita juga kena fikir tentang kesihatan kita adakah berada pada tahap baik atau sebaliknya. Kena fikir juga kesihatan isteri baru kita. Kadang tu luaran saja nampak bergetah, dalaman, sebelum jadi isteri kita tak boleh nak ramal.

''Kita kena fikir juga apakah isteri baru kita boleh terima keadaan kita seperti penyakit kita, adakah kita terlalu kuat berdengkur. Apakah dia boleh terima seperti isteri pertama kita? Isteri baru pula, adakah dia suka merajuk, merengus, suka maki hamun, malas atau rajin ke dapur atau mungkin juga ketiak berbau. Belum kahwin memang badan solid, dah beranak nanti macammana? Kalau dia jadi bulat sangat macam mana? Bolehkah kita terima dia.

''Lepas tu kita kena fikir keluarga isteri baru pula macam mana? Bolehkah mereka terima kita yang dah tua jadi menantunya mungkin mertua kita pun dah sebaya kita. Kalau baik sangat lepas kahwin keluarga isteri terus angkut tikar bantal pindah tinggal sekali duduk dengan kita? Apakah kita boleh terima?

''Oleh kerana itu kebanyakan lelaki termasuk saya kami terpaksa berfikir lebih seratus kali kalau nak berpoligami. Banyak benda kena ambil kira. Kalau selama ini isteri seorang sudah memberi kita cukup banyak keselesaan, kesenangan, ketenangan fikiran dan kebahagiaan hidup di dunia mahupun untuk kita beramal buat bekalan akhirat, mengapa kita mesti menyusahkan diri 'mencari batu nak digalas'?

''Jadi kesimpulan yang boleh saya buat jagalah isteri yang ada sekarang sebaik-baiknya. Mana-mana yang kurang tentang isteri kita tu, kita up grade kan sebagaimana yang kita kehendaki. Kalau dia tak pandai makep sebab kita suka tengok wanita cantik bermekap, kita hantar ke salun kecantikan, begitu juga tentang rambutnya.

''Belikan kosmetik yang sesuai supaya dia kelihatan sama seperti wanita lain. Kalau dia sihat dan bagus persembahannya untuk kita juga. Saya nak tanya, berapa kerat suami yang buat demikian untuk kecantikan isteri seperti yang anda kehendaki?

''Ini tidak, sesetengah lelaki kalau tengok perempuan seksi terjegil biji mata . Tapi isteri sendiri suruh pakai jubah, tutup sana tutup sini, muka tampal bedak sejuk, bila isteri buka jubah kita sendiri rasa tak lalu nak dekat, habis macammana? Kenalah melabur sikit kalau nak isteri cantik, wangi macam wanita yang kita suka lihat.

''Dalam pada itu sebagai suami pun kena jaga penampilan, jaga kebersihan diri, dan kesihatan khasnya bila nak bersama isteri, tanya isteri dulu apa kehendaknya, kadang-kadang kita tak perlu pakai modal pun, cukup dengan pakai skil tertentu

''Bila isteri suka baru enjoy. Jangan syok sendiri, isteri belum sampai pun! Lepas tu ada hajat nak poligami. Itu juga salah satu sebab isteri rela bercerai daripada bermadu.

''Orang boleh kata, saya baru kahwin 21 tahun bolehlah cakap, masa depan tak siapa tahu? Memang dalam perkahwinan tak ada jaminan bahagia sampai bila-bila, setidak- tidaknya kita berusaha ke arah itu.''

P/S

Eh..!! Ade ke orang lelaki yang macam 2.. Boleh percaya ke..?????

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


MASA  

Monday, February 28, 2011

MASA

Adakah Lebih Baik Jika Masa Anda Diubah, Semua Manusia Perlu Ubah Masa, Siaran-Siaran Televisyen Juga, Masa Yang Perlu Diubah.

12.00 A.M. = 9 P.M.

6.00 A.M. = 3 P.M.

Kerana Menurut Kajian, Manusia Berat Untuk Bangun Solat Subuh, Jika Diubah, Waktu Subuh Boleh Jadi Bagaikan Waktu Pukul 9.00 A.M. , Dan Waktu Manusia Tidur Pada Masa Sekarang Ialah 12 A.M. Yang Majoriti, Tetapi Jika Ditukar Menjadi Pukul 9 P.M. , Dan Bagi Siaran-Siaran Selepas Pukul 9.00 P.M. Juga Perlu Ditamatkan Sebagaimana Pukul 12 A.M. Lebih, Jadi Waktu-Waktu SOLAT Berada Dalam Waktu-Waktu Manusia Bangun Daripada Tidur, Dan Di Dalam AL - QURAN Ada Yang Tertulis, ALLAH S.W.T. Memberikan Siang Untuk Mencari Rezeki, Dan Malam Untuk Beristirehat, Pahamkanlah Dengan Baik-Baik Wahai Manusia, Dan Complex-Complex Selalu Dibuka Pada Pukul 10 A.M. Kini Boleh Dibuka Pada Jam 8.00 A.M. .

Ini Kerana Sekarang Remaja Dan Manusia Ramai Terpengaruh Dengan Budaya Yang Tidak Baik, Mungkin Dengan Cara Ini Kita Dapat Mengubahnya, INSYAALLAH, Sesungguhnya Terdapat Pelbagai Petunjuk Di Dalam AL - QURAN Dan Hadis-Hadis, Di Situ, Terdapat Pelbagai Rahsia, Jadi Carilah Di Sana, Kerana Kata-Kata ALLAH S.W.T. Terdapat Di Dalam AL - QURAN, Sesungguhnya ALLAH S.W.T. Ialah Tuhan Seluruh Alam, ALLAH S.W.T. Maha Mengetahui, Maha Penyantun, Maha Bijaksana..

Sedarlah Wahai Manusia, Ubahlah Masamu, Untuk Hari Kiamat, Sesungguhnya Orang-Orang Yang Beriman Kepada ALLAH S.W.T. Dan Kepada Hari Kiamat, Akan Ditempatkannya Di Sebaik-Baik Tempat Kembali, Iaitu SYURGA Yang Mengalir Dibawahnya Sungai-Sungai, Jadi Apakah Patut Masa Ini Ditukar, Saya Disini Hanya Ingin Mendapat Pendapat....

P/S

Ini adalah satu saranan yang patut diguna pakai oleh kita.. Jadi kalau nak ikut silakan lah.., tetapi bagi sesiapa yang tidak mahu terserah lah..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


Ritma..  

Ritma Jiwa..

Dunia...begitu nan indah

Menjadi...payungan kasih Allah

Dunia...terungkap kisah istimewa

Menjadi...indah seperti di syurga

Cinta...pengukuh iman didada

Indahnya disulami dengan doa dan harapan

Barulah hidup ini penuh dengan nikmat Allah

Sujud syukur padamu ya Rabbi

Kurniakanku isteri seperti khadijah...

Siti khadijah wanita pemurah

Beriman serta menjadi contoh mulia

Menjadi wanita terhebat di zaman nabi

Cintakan jalan Allah

Menghambakan diri pada keesaanNya

Membantu nabi menegakkan syiar islam

Memperjuangkan harta serahkan segalanya

Hanya untuk secebis redha Allah

Engkaulah ibu engkaulah isteri

Kepada anakmu dan juga suami

Dirimu mempertaruhkan segala yang tersurat di jiwa

Engkau sahabat

Engkaulah isteri

Dan wanita berani

Di zaman Rasulullah

Khadijah kau wanita amanah

Menjadi kesayangan Rasulullah

Hidupmu penuh dengan barokah

Ikutan wanita solehah

Idaman setiap insan bernama wanita

Menjadi ikutan setiap insan...


P/S

Shahdunya..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


Kata Peringatan  

Kata Peringatan :-

*mimpi budak/bayi/menyusu bayi: mungkin anda ada saka....

**jika di rumah spt nampak kelibat orang, dgr org main guli, dgr org tumbuk sambal dll pd waktu mlm: kemungkinan ada gangguan jin.....

Elakkan memberi nama anak dengan nama yang ada kaitan dengan jin: Zaquan, Balqis, Qistina, Shafiqah, Batrisha, Najwa dll.... jika sudah diletakkan nama, panggil dengan nama yang lain.....( kebanyakan pesakit yg diganggu makhluk halus, drpd nama2 yang berkaitan dgn jin spt cth di atas )

Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar keislaman dalam dirimu, semoga nur Ilahi akan membening seluruh perjalannan hidupmu. Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan sy...aitan durjana. Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul A`lamin Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnyamenyembunyikan banyak hakikat dan makrifat. Sedarlah, hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan. Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri; Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya ROH, tanpa hiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi tanpa tahu janji Allah.

P/S

Semoga hidup kita diberkati Allah SWT..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?