Friday, July 23, 2010

  • Best cite ni....leh jadi pengajaran...

- Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi
hutan.

Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar
satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi
harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si
hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar
hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya.
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke
dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer.. Jadi dia bergantunganlah di tengah-tengah
perigi..

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya.. Si hamba Allah ni
pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa
kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak
selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau
bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor
tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg
hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu
pulak.

Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar
lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!
cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa
buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa
madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg
sedang bawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu
kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau
yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita,
so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan
Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba
bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka
panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur
kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia
lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit
lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.

Astaghfirullah...

P/S

So korang semua jadikanlah cerita ini sebagai pedoman hidup anda.. Disamping itu.., jgn lah sesekali kite melupakan Allah SWT.. Kerana dgn hanya pedoman dan hidayah daripada-Nya lah sahaja, kita dpt menempuhi hidup ini..
Sabtu; 01.46 pagi..
RENUNGKAN LAH


AddThis Social Bookmark Button


Renungan..  

"Renungan bersama"

Lelaki di akhir zaman ini...
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Keberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..

P/S

Renungkan..
Sabtu ; 0157

RENUNGKAN LAH

AddThis Social Bookmark Button


10 TANDA HATI KITA MATI

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Wallahua'lam

P/S

Bacalah dan Ingatilah..
Sabtu; 01.55..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


ceramah..ustaz azhar idrus  

"Makanan,minuman dan pakaian ahli neraka..

-ahli neraka terlalu panas,lalu mintak hujan..1000 tahun baru dtg awan,lalu hujan api turun..makin bertambah seksaan mereka

-ahli neraka panggil malik,70 ribu tahun malik xlayan mereka..lau ahli neraka mengadu kat Allah..kemudian Allah perintah Malik layan mereka.malik tanya nak ape?mintak air sebab dahaga
.
-hamin-sejenis minuman utk ahli neraka-bila pegang jari putus,bila nak letak kat mulu mata tercabut,muka dlm ketakutan

-makanan xpernah kenyang-putus segla urat perut,geledak isi perut,sampai otak pun gelego\ak,gusi dan geraham gigi cair,keluar api ikut mulut.

-nabi cerita kat sahabat menangis semua
daging manusia hancur bila makan

P/S
Ingatlah
Sabtu ; 02.02

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


Hanya Peringaran..  


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Wassalam.

P/S
Ingatlah... Jgn sesekali kita melalaikannya
Ahad ; 02.18 pagi..

RENUNGKAN LAH

AddThis Social Bookmark Button


“SELOKA AURAT”

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati…

Hehe…share je la..xpayah mintak izin…=)

P/S

Dah 2.., x reti2 lagi... tutup la betol2...
Ahad ; 02.23 pagi..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


“Tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan, cuma kami pandang lama je la ?” tanya seorang pemuda berumur 35 tahun kepada saya sambil tersenyum-senyum selepas dia merenung wanita berskirt di hadapannya.

Ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari sikap sebahagian umat Islam hari ini mengambil ringan tentang hukum Islam.

Berkenaan larangan melihat kali kedua kepada aurat ini diriwayat dalam beberapa buah hadith, antaranya hadith :

“Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata:Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang melihat (aurat wanita)secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!” (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) – Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.

Demikian juga kata Baginda SAW kepada Ali KW :

Ertinya : “Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain,
kerana yang pertama bagimu (diampunkan) dan tidak bagi yang kedua”
( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani :Hasan)

Artis & Lawak Hukum

Lebih teruk lagi terdapat artis Malaysia yang sanggup menggunakan lafaz-lafaz Islam seperti ‘MashaAllah’ dan ‘InshaAllah’ serta ‘Allahu Akbar’
dalam lakonan lawak mereka sambil sengaja disebut dalam bentuk yang
melucukan. Ini amat jelas memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia amat kerap dilakukan oleh satu kumpulan pelawak Malaysia yang terkenal.. Moga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Demikian juga dengan ucapan alhamdulillah bagi seorang artis yang
berpakaian separuh bogel dikhalayak umum apabila berjaya meraih sesuatu
anugerah di media. Atas nama seni dirasakan tindakannya halal. Pada
hakikatnya jika lakonannya itu penuh dengan adegan ‘peluk sana sini’
dan ‘dedah sana sini’, maka di ketika itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia yang diiktiraf Islam. Ia adalah seni ‘fasad’ yang berdosa dan tidak layak diraikan dengan ungkapan mulia Islam.

Ketika itu, kemenangan mereka di atas pentas dan melafazkan ucapan
sedemikian adalah satu bentuk mempermainkan hukum dan lafaz Islam di
tempat yang tidak sewajarnya. Seolah-olah seorang yang ingin merompak
membaca ‘Bismilah’ ketika memulakan rompakannya dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ apabila berjaya terlepas dari kejaran polis,
atau menyebut ‘Alhamdulillah’ di dalam tandas, atau seperti seorang peminum arak mengucapkan “alhamdulillah” apabila menyelesaikan minumannya.

Menurut kaedahnya, semua ini menambahkan lagi dosa si pelaku terbabit disebabkan wujud unsur penghinaan samada secara langsung atau tidak langsung kepada hukum serta lafaz mulia Islam. Walaupun mereka tidak langsung berniat untuk menghina lafaz mulia itu.Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya. Nabi SAW bersabda :-

Ertinya : ” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat” (Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari,Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskan bahawa erti hadith ini adalah seorang yang bercakap tanpa jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia boleh membawa maksud yang pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376)

Hina Islam, Bertudung & Bermaksiat
Lebih Besar Dosa..

“Amat memalukan la ustaz, saya baru jumpa satu video yang tunjukkan
pasangan melayu ditangkap di tasik-tasik dan tempat awam tengah
bercumbuan, apa pandangan ustaz,hampir 95 % darinya bertudung jenis
tak sempurna tu ustaz, ustaz tau tak?”tanya seorang pendengar kuliah saya sejurus selepas kuliah saya berkenaan aurat.

Kemudian selang beberapa hari, pemuda ini menghantar email kepada saya
beserta satu petikan video yang dimaksudkan. La Hawla Wala Quwwata
Illa Billah.. wa Inna lillahi wa innailaihi rajiun.. memang amat
mendukacitakan.

Pemuda itu juga menulis seperti ‘kepeningan’ dan ‘kebingungan’
dengan persekitaran ini dengan katanya “Boleh tak agaknya saya buat
kesimpulan bahawa hampir semua wanita yang bertudung pendek atau fesyen,
dengan kain belah atau baju sempit atau baju kurung biasa, semua ni jenis yang ‘murah’ dan boleh diajak seks bebas dengan mudah hari ni, apa
pandangan ustaz?” Mengurut dada saya mendengar kesimpulan pemuda berpakaian kemas dan bekerjaya profesional ini.Sudah tentu amat marah para wanita dengan kesimpulan si pemuda ini.

“Saya hanya masih percaya dengan wanita yang berjubah dan bertudung
labuh sahaja sekarang ini ustaz,harapnya mereka dapat pertahan maruah
dan kesucian mereka serta tak jadi macam si pemakai tudung pendek yang
terbukti tiada banyak beza dengan free hair” katanya lagi dengan tegas.

Selepas pemuda ini mengutarakan pendiriannya barulah saya memberikan
penjelasan panjang lebar. Bagaimanapun saya belum berhasrat menyebutnya diruangan ini, cukuplah saya dedahkan betapa kecewanya pemuda professional ini dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.

Kesimpulannya, wahai wanita bertudung kembalikan maruah anda dengan tutupan aurat yang sebenarnya, akhlak wanita Islam yang sebenarnya, janganlah merosakkan imej Islam itu dengan maksiat yang amat dimurkai Allah SWT. Sesungguhnya kenikmatan duniawi amat amat sementara, carilah kenikmatan akhirat yang kekal abadi.

Dari sudut hukum pula, hal wanita bertudung yang melakukan maksiat,
dosanya sudah tentu lebih hebat dari wanita yang tidak bertudung yang
melakukan maksiat. Hal ini boleh difahami dari ayat seperti :-

Ertinya : Wahai isteri-isteri Nabi, barangsiapa di antaramu yang melakukan maksiat dengan jelas, maka di gandakan azab buatmu dua kali ganda” (Al-Ahzab: 59)

Memang benar ayat ini ditujukan khas buat isteri-isteri Nabi SAW disebabkan kemulian dan kedudukan mereka yang sangat mulia, bagaimanapun ayat ini sebenarnya menggariskan bahawa setiap kali bergandanya kemuliaan, maka bergandalah dosanya (jika melakukan maksiat), demikian hukuman ke atas wanita bebas lebih berat dari wanita hamba sahaya di zaman silam. Dikatakan sebabnya adalah kerana bertambahnya
mudarat dan penghinaan kepada Nabi SAW (Al-Jami’ Li Ahkam AL-Quran ; AL-
Qurtubi, 14/ 114 dengan sedikit pindaan )

Demikian jualah bagi wanita bertudung yang telah menaik tarafkan
kedudukannya dengan kemuliaan Islam,tetapi kemudiannya melakukan maksiat.Maka jika bersandarkan kaedah di atas,jelaslah dosa mereka bertambah besar kerana maksiat itu sendiri dan merosakkan imej Islam secara jelas.Bertawbatlah. Demikian juga halnya maksiat (termasuk pelaburan internet yang disepakati haram secara sepakat ulama dunia dan Malaysia) yang dilakukan oleh seorang ustaz yang jauh lebih besar dosanya dari dosa oleh lelaki biasa di sebabkan imej dan kedudukan yang dibawanya.

Sekian,

Ust Zaharuddin Abd Rahman
28 April 2007 ( 10 Rabiul Akhir 1428H)

P/S

Jgn lah kita sesekali mempermain-mainkan lafaz2 Islam di dalam kehidupan sehari-hari... BERDOSA.. BURUK AKIBATNYA.. Aku pelik arr.. Kumpulan lawak mana yg dimaksudkan 2..
Ahad ; 5.56 petang..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


Cerita..  

  • "kerana sebiji epal"

Di sebuah pekan kecil bernama Syam, tinggal seorang pemuda bernama
mat salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu
hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di
tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg
dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg
sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan,
tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai
itu lalu dimakan.
Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa
beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu mat
salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak
sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di
tepi sungai tersebut. Yakinlah mat salleh bahawa inilah pohon yg
dicari, maka beliau pun segera menemui
pemilik pohon epal berkenaan.
Tatkala melihat mat salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji
epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon
tersebut bahawa mat salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik
pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan
itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh
Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan mat salleh
lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh
bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal mat salleh
pun bersetuju dgn syarat tersebut.
Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi mat salleh berjumpa dgn
Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini
Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd
mat salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan mat salleh seandainya
beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta,
tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di
kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh
Abdullah, mat salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh
Abdullah.
Pada malam pernikahan tersebut, mat salleh masuk ke kamar tidur dan
memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada
di dalam bilik itu, mat salleh segera
beredar menuju ke tempat
Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh
masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan
berkata:
“Wahai mat salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku
katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke
tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli
kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak
pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”
Bersyukurlah mat salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp
sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya.
Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali
Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama
Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn
gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

Allahu a’lam bisshawab.

P/S

best x..?
Ahad ; 6.06

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


peringatan berguna..  

Peliknya....
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya
hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi
Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud
2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya. (alamak! terkena!)
Piala dunia nanti..hehe

Peliknya....
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi
Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut
menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg
taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian
seseorang ulama dan solehin?AF laknaktullah..katakan tak nak pada AF.

Peliknya....
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi
pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan
nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit
utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk
menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya....
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih
sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian
Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran
tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.

Peliknya....
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan
sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan
meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf
walaupun 5 minit cuma.

Peliknya....
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup
peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak
elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya....
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12
mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak
ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,saat yg
ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak
ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya....
setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang
bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang
yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan.....

P/S

pelikkan..
Ahad ; 6.15 petang..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


7 KEADAAN WAJAH  

"7 KEADAAN WAJAH DLM KUBUR"--sama2 kita ambik iktibar..

1.Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat..

  • Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi..
  • Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu dan lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja, malah tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak? klu x ada xpe., ambik ubat nyamuk..
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam..
  • Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup..
  • Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram.Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya..
  • Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai..

  • Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh..

moga kita berwajah no 7..sama2 kita bykkan amalan kita utk akhirat..

P/S

Oleh itu.., bersama-samalah kita bersungguh-sungguhlah mengejar yg no. 7 itu..
Ahad ; 12.21 pagi..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?