Video seks..  

Tuesday, March 22, 2011

Video seks pemimpin pembangkang didedah

Satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota didedahkan kepada pihak media hari ini.

Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh satu kumpulan yang enggan dikenali dan diketuai oleh seorang yang hanya mahu dikenali sebagai 'Datuk T'.

Menerusi video bertarikh 21 Februari lalu, aksi hubungan seks ahli Parlimen itu berlangsung selama kira-kira 19 minit iaitu bermula pukul 10.23 malam dan berakhir pada pukul 10.42 malam berdasarkan kod masa dalam rakaman berkenaan.

Datuk T turut memiliki seutas jam tangan Omega yang dikatakan milik ahli politik itu yang didakwa diambil oleh wanita berkenaan semasa mengadakan hubungan seks pada tarikh tersebut dan menunjukkannya kepada wakil media sebagai bukti.

Menurut Datuk T, rakaman itu diperoleh apabila beliau diarahkan oleh ahli politik tersebut supaya mengambil jam tangan berkenaan.

"Saya diminta mencari jam itu di bilik hotel tetapi tidak menjumpainya. Ketika mencari di belakang laci meja solek saya terkejut apabila ternampak wayar berselirat.

"Saya cungkil laci yang berkunci itu dan mendapati ada empat kamera litar tertutup (CCTV) dan satu perakam tersembunyi di dalamnya," katanya.

Datuk T menambah, beliau mahu pemimpin pembangkang itu bersara daripada politik sekiranya tidak mahu video tersebut disebarkan kepada umum.

Justeru, beliau akan menyerahkan satu salinan video tersebut kepada ahli Parlimen itu serta isterinya dalam masa terdekat supaya mereka sendiri boleh mengesahkan identiti individu yang dirakam melakukan hubungan seks dengan pelacur yang berusia 20-an itu.

"Jika beliau dan isteri tidak berundur daripada politik dalam masa tujuh hari selepas menerima salinan video tersebut, saya akan menyerahkannya kepada satu panel pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli forensik bagi menentukan keaslian rakaman itu.

"Selepas itu baru satu dunia tahu siapa beliau dan mengapa saya melakukan semua ini? Saya sudah muak dengan segala pembohongan, cukuplah dan kini masyarakat awam perlu mengetahui perkara sebenar," tegasnya.

Bagaimanapun, Datuk T enggan menyerahkan salinan video tersebut kepada pihak media kerana khuatir ia akan disebarkan secara tidak bertanggungjawab.

Beliau juga tidak mengetahui pihak yang bertanggungjawab memasang CCTV berkenaan serta tujuan ia dipasang, namun percaya ia dilakukan oleh pihak pengurusan hotel kerana ahli politik tersebut dikenali ramai dan pernah terpalit dengan beberapa skandal seks sebelum ini.

P/S

Korang percaya ke semua ni….? Walaupun aku belum tengok video `haram jadah` tu lagi, dan aku memang tak kebulor pun nak tengok nya.., aku pasti itu bukan video yang asli, yang boleh dijadikan sebagai bukti.. Dalam zaman yang seba moden dan canggih ini.., apa pun boleh direka.. Pada pandangan aku.., Dato` Seri Anwar tu seorang yang tulus.. Kita boleh nampak dari riak wajahnya.. Takkan lah beliau sanggup nak lakukan perbuatan terkutuk seperti yang diwar-war kan sehingga kini.. Yo Najib aku nak tanya ko…, apa lagi pembohongan dan fitnah yang ko nak reka lagi..?!!!

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Video seks..

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?