Penafian..  

Tuesday, March 22, 2011

Anwar nafi bukan dirinya



Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan penglibatan dalam video lucah yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara di sini hari ini, dengan mendakwa ia satu lagi konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau dan keluarga.

Anwar mendakwa ia merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantut kemaraannya dalam politik dan PKR.

“Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.

Beliau mengulas dakwaan satu kumpulan yang enggan dikenali yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata, mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Mengenai gesaan kumpulan terbabit yang meminta beliau dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR supaya melepaskan jawatan, Anwar berkata: “Saya tidak kenal siapa Datuk T itu. Kenapa pula dia minta saya dan Azizah letak jawatan”.

Anwar juga berkata, pada 21 Februari lepas iaitu tarikh didakwa video itu dirakam, beliau berada bersama keluarganya di rumah dan mendakwa mempunyai bukti melalui twitter dan Facebook.

“Pada waktu itu, saya tengah tweet dan semua bukti ini akan saya simpan kerana takut kena “hack”. Saya difahamkan bahawa gambar yang disiarkan itu adalah mirip saya, tetapi perutnya lebih buncit daripada saya,” katanya sambil bangun menunjukkan perutnya kepada para wartawan.

Mengulas soalan bahawa beliau kehilangan seutas jam tangan jenama Omega, Anwar berkata: “Soalan anda sepatutnya adakah saya mempunyai seutas jam Omega? Ya, saya ada. Azizah yang simpan jam saya.”

Sebelum itu, kumpulan Datuk T itu mendakwa memiliki seutas jam tangan, dikatakan milik ahli politik itu, yang didakwa diambil oleh wanita terbabit semasa mengadakan hubungan seks pada 21 Februari tahun ini.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Anwar berkata, beliau belum lagi melihat video berkenaan.

“Saya sudah berbincang dengan peguam saya mengenai perkara ini. Saya tidak tahu pembuatnya, saya tidak tahu jika ia akan diedarkan. Sebaik sahaja kami mendapat bukti dan orang itu muncul atau tampil, kami akan lakukan. Mengandaikan kerajaan adil dan telus kerana ia adalah saya,” katanya.

Sementara itu, Dr. Wan Azizah berkata, beliau terkejut dengan permintaan yang menggesa beliau meletak jawatan sebagai Presiden PKR.

“Apa yang saya dah buat? Sebelum ini mengatakan Anwar bersama dengan lelaki, tetapi saya hairan kenapa pula kali ini dengan perempuan. Ini adalah satu yang bermotifkan politik,” katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, pendedahan video tersebut tidak akan menjejaskan sokongan kepada parti itu.

P/S

Aku pelik la dengan kerajaan Malaysia ni.. Kesian dengan Dato` Seri Anwar Ibrahim tu.. Sudah-sudah la tu… Jangan la fitnah sampai macam tu sekali.. Beliau difitnah dah lama.., sejak dari era pimpinan Mahathir lagi.. Beliau tidak pernah mengeluh pun… Ingat lah bahawasanya Doa Orang-OrangYang Teraniaya itu, adalah Doa yang mustajab.. Takkan lah pemimpin Malaysia yang beragama Islam tu.., tak tahu menahu tentang perkara ni.. Jangan sampai Dato Seri Anwar hilang sabar dan putus asa dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada nya.. Jika suatu hari nanti, bala datang menimpa Najib dan kroni-kroni nya.., pada waktu itu nak menyesal pun tiada gunanya…

INGATLAH SEBELUM TERLAMBAT…!!!!!

TAKBIR..!!!! ALLAHUAKBAR..!!!!

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Penafian..

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?