Arak  

Tuesday, March 1, 2011

Arak musuh global

ISLAM memang mengharamkan arak sejak sekian lama. Sebabnya, ia lebih mendatangkan mudarat kepada manusia berbanding sedikit kebaikan yang diperolehi daripadanya.

Pengharaman arak atau minuman alkohol itu bukan sahaja oleh agama Islam, malah turut disokong oleh agama lain. Ia termasuk laporan oleh organisasi kesihatan di pelbagai negara.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan alkohol adalah punca kepada 60 jenis penyakit dan kecederaan serta komponen utama bagi 200 kecederaan yang lain.

Sejumlah empat peratus kematian seluruh dunia pula adalah disumbangkan oleh alkohol. Jumlah ini adalah lebih besar daripada kematian yang disebabkan oleh HIV atau AIDS, aktiviti keganasan atau batuk kering.

Statistik rasmi di United Kingdom pula mendapati, alkohol menyebabkan hampir 45-46 peratus kejadian jenayah.

Ia juga melibatkan 39 peratus keganasan dalam rumah tangga dan kajian juga menunjukkan hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

Di sebalik pelbagai kemudaratan akibat pengambilan alkohol atau arak ini, ramai yang masih tidak ambil peduli akan bahayanya. Orang Islam pun, ada yang tanpa segan silu dan bangga minum arak di tempat terbuka atau premis-premis eksklusif.

WHO juga melaporkan jumlah pengambilan minuman beralkohol pada tahun 2005 adalah 6.13 liter untuk setiap orang yang berumur 15 tahun dan ke atas.

Pengambilan paling besar iaitu 28.6 peratus atau 1.76 liter adalah alkohol atau arak buatan sendiri, arak tiruan atau yang dijual di luar kawalan oleh kerajaan.

Kebimbangan ini seterusnya membawa kepada pelaksanaan 'Strategi Global ke arah mengurangkan bahaya penggunaan alkohol' pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva, Mei 2010.

Antara strategi itu adalah memupuk kesedaran, komitmen dan kepemimpinan dalam mengurangkan penggunaan alkohol, polisi harga, tindakan komuniti dan mengurangkan kesan negatif akibat mabuk dan nyahtoksik alkohol.

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Bahagian III, Seksyen 9 memperuntukkan:

i) Mana-mana orang yang di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

ii) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

P/S

Ishk-ishk..!!! Banyak lagi air lain yang halal dan berhasiat untuk diminum.. Tapi air `kencing setan` tu yang diteguknya..!!!

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Arak

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?