ISU..  

Friday, February 11, 2011


ISU

Sekarang ni sibuk dengan isu membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir..Seramai hampir 20ribu warga Malaysia berada di sana dan separuh daripada mereka adalah pelajar.. Sekarang hampir semua daripada mereka telah berjaya dibawa pulang kembali ke tanah air.. Jadi ak ucapkanlah berbanyak terima kasih kepada kerajaan Malaysia pimpinan Najib dan Rosmah Monsun kerana prihatin mereka dengan nasib para pelajar Malaysia disana yang berhadapan dengan krisis pergolakan politik di Mesir.. (prihatin yang ada makna tu) Rasa-rasanya satu hari nanti Malaysia pun berpotensi mempunyai masalah yang serupa dengan Mesir kot, kalau pucuk pimpinan yang ada kini terus memerintah.. Itu hanya pandangan ak saja..

Cuba korang fikir secara rasional.. Jika suatu hari nanti bila keadaan di Negara Mesir sudah kembali aman dan selamat..Sudah pastilah pelajar-pelajar yang di panggil pulang ke tanah air, hendak balik ke Mesir bagi menyambung pengajian mereka yang selama ini tertangguh dengan pergolakan yang berlaku.. Jadi persoalannya, siapakah yang nak hantar mereka pulang ke Mesir..??? Adakah mereka terpaksa membelanjakan duit simpanan mereka sendiri..??? Sedangkan kos pembelajaran mereka disana pun dipinjam dari PTPTN.. Atau adakah kerajaan Malaysia??? Adakah Najib??? Adakah duit simpanan Rosmah Monsun??? Atau adakah ianya tanggungan Mohhiddin??? Siapa?????????????!!!!!

Kesian ak dengan nasib para pelajar Malaysia..Ak faham.. Siapalah yang nak semua ni.. Tetapi isu ini telah dijadikan sebagai satu isu yang sangat besar..!!! Terutamanya bagi parti politik seperti UMNO.. Ak sendiri tidak boleh pastikan samada keprihatinan seperti ini betul-betul tulus ikhlas untuk membantu para pelajar ataupun ianya hanyalah bersifat kepentingan politik semata-mata.. Kalau bantuan seperti ini dilakukan berlandasarkan tanggungjawab yang benar-benar ikhlas.. Tidak mengapalah.. Tapi kalau sebaliknya.... Fikirkanlah..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ ISU..

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?