Hari Valentine ..  

Friday, February 18, 2011

Kempen jauhi Hari Kekasih Perkim

TANGGAL 14 Februari menjadi tarikh yang dinantikan oleh pasangan kekasih sebagai hari untuk meluah dan memperingati cinta sejati kepada pasangan masing-masing di mana budaya berpacaran yang majoritinya di kalangan remaja dalam menyambut Hari Kekasih atau Valentine.

Budaya mungkar seperti itu sudah menjadi kelaziman bagi segelintir remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Umat Islam di Malaysia tidak harus terpengaruh dan meraikan sambutan itu kerana ia bercanggah dengan akidah.

Prihatin dengan masalah itu, Sahabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mengadakan program edar risalah Valentine's Day - Ancaman Terhadap Islam.

Pegawai Dakwah dan Kebajikan Perkim, Amran Abdullah berkata, dalam kegawatan masalah sosial yang begitu parah, Perkim terpanggil untuk melibatkan diri bagi menyedarkan dan memberi kefahaman generasi muda akan bahaya pergaulan tanpa batas yang mengundangkan kepada gejala perzinaan, pembuangan dan pembunuhan bayi.

"Sambutan Hari Kekasih bercanggah dengan syarak kerana ia terkandung kepercayaan agama Kristian dan menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak di samping sambutannya diakhiri dengan aktiviti maksiat," katanya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 22 November 2005 memutuskan amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh Islam.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 juga memutuskan , amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan ditegah oleh Islam.

risalah itu disertai 30 sahabat Perkim untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai sejarah, dalil serta hukum merayakan hari tersebut.

Ia juga bagi memberi peringatan, kesedaran dan nasihat bahawa hari tersebut adalah suatu kelalaian dan merupakan ritual agama lain selain menyampaikan seruan kebenaran kepada setiap Muslim.

P/S

Tak usahla kita sambut perayaan macam tu.. Banyak lagi pendekatan-pendekatan terbaik untuk kita tunjukkan rasa kasih kita..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Hari Valentine ..

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?