Amanah..  

Saturday, February 19, 2011

Amanah imam muda

RASULULLAH SAW adalah imam paling utama yang patut dicontohi dan dikagumi oleh seluruh umat Islam. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAw), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (at-Taubah: 128)

Selain itu, baginda juga sangat dikagumi oleh masyarakat bukan Islam walaupun mereka bukan tidak beriman. Namun ada di kalangan mereka yang mengamalkan sunnah.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada para sahabat, kejayaan kamu terletak pada sejauh mana kamu dapat mentaati perintah Allah SWT. Rasulullah juga banyak mengajar kita tentang kepimpinan sama ada dari segi berdakwah, mentadbir negara, berniaga, berpolitik dan sebagainya.

Baginda adalah pemimpin agung serta patut dijadikan idola bagi semua insan. Baginda juga seorang hamba yang amat dikasihi Allah SWT.

Selepas kewafatan Nabi SAW, pemerintahan negara disambung oleh para sahabat. Bermula dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq, kemudian disambung oleh Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman dan khalifah yang terakhir, Saidina Ali.

Jadi, khalifah-khalifah ini mencontohi kepimpinan yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Cuma cara dan corak kepimpinan mereka yang berbeza-beza.

Kita juga merupakan khalifah di muka bumi Allah ini. Jadi, haruslah kita mencontohi akhlak dan peribadi Rasulullah SAW agar kita dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni.

Kini, dalam dunia yang serba moden, pelbagai cara dan kaedah untuk kita menyampaikan dakwah dan menyampaikan ilmu serta suruhan Allah dan Rasul-Nya. Melalui kaedah-kaedah baru ini, kita dapat menarik lebih ramai masyarakat ke arah tarbiah Islam dan salah satu antaranya ialah program Imam Muda.

Imam Muda adalah program realiti televisyen yang berteraskan Islam dan dapat menarik minat pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja dari dalam dan luar negara.

Antaranya dari United Kingdom, Perancis, Timur Tengah dan lain-lain dengan taglinenya Memecah Tradisi Satu Penemuan Sebuah Perjalanan Kehidupan.

Apabila bergelar Imam Muda bukanlah mudah untuk melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan. Imam muda bukan sekadar memimpin solat malahan banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan.

Walaupun saya terpilih sebagai salah seorang daripada 10 peserta Imam Muda, pilihan bukanlah setakat pada gelaran yang disandang dan bukan sahaja terhenti di rancangan realiti televisyen.

Malah saya perlu menjaga akhlak dan peribadi agar boleh dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat kerana tingkahlaku itu amat penting.

Lebih-lebih lagi bagi golongan remaja atau muda-mudi yang kini sebahagian daripada mereka ada yang sedang menuju ke arah yang positif dan ada sebahagian lagi menuju kearah yang negatif disebabkan oleh faktor pergaulan yang tidak terbatas.

Setelah bergelar 10 finalis Imam Muda, banyak jemputan yang saya terima. Di antaranya ialah ceramah, imam Tarawih bulan Ramadan, khutbah Jumaat, solat Jumaat bersama yang di-Pertuan Agung Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, membaca doa, majlis doa selamat, berselawat, berzanji, marhaban, cukur jambul dan majlis perkahwinan.

Selain itu, pihak Astro Oasis juga masih lagi menggunakan khidmat saya bagi program Soal Asyraf, Liga Ilmu, Takbir di Pagi Raya, Tazkirah Hari Raya dan azan. Semua ini adalah perubahan selepas saya tamat dalam program Imam Muda.

Masyarakat sekarang memerlukan sesuatu yang baru serta yang dipenuhi dengan warna-warni bagi membentuk masyarakat yang maju dan berdaya saing tanpa meninggalkan ajaran dan perintah Allah yang Maha Esa.

P/S

Sama-samalah kita mengikuti rancangan seumpama ini dan mengamalkannya.. Amin..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Amanah..

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?