Aktivis paus..  

Wednesday, February 2, 2011

Ramai mohon jadi aktivis paus

Gambaran pekerjaan sebagai penyelamat ikan paus mungkin agak menggerunkan kerana 'tiada bayaran, waktu yang panjang, kerja keras, keadaan merbahaya dan cuaca ekstrem'.

Jadi disebabkan persekitaran kerja yang agak membimbangkan, pihak berkuasa khuatir bahawa seseorang mungkin akan mati ketika bertugas satu hari nanti.

Namun jika Georgie Dicks tidak bersiap-sedia untuk berani berdepan dengan ombak besar, angin kencang dan kapal pemburu ikan paus Jepun untuk menyelamatkan ikan paus daripada di bunuh di Lautan Antartik, wanita itu tidak akan secara sukarela menjadi aktivis.

"Kami sering berada di haluan yang betul dan jika kami tidak dapat menerimanya, kami tidak akan berada di sini," kata gadis berusia 23 tahun itu kepada AFP dari kapal Steve Irwin yang dimiliki oleh Sea Shepherd Conservation Society.

Kira-kira 1,000 orang memohon setiap tahun untuk bekerja dengan kapal Sea Shepherd yang bermatlamat untuk menyelamatkan ikan paus daripada berakhir sebagai hidangan makan malam di Jepun.

Jawatan itu memerlukan seseorang meluangkan masa selama sebulan di satu daripada tempat yang 'tidak suka menerima tetamu di dunia' dan menjanjikan pengalaman hidup yang menarik.

Oleh itu 'mereka yang suka merungut, kerap tidak berpuas hati, kaki tidur dan pengecut' disarankan agar tidak memohon pekerjaan itu.

Dicks bersetuju yang kempen itu setakat ini sebahagiannya amat mencabar, terutama semasa botnya melanggar ketulan ais di Lautan Selatan ketika sukarelawan itu berdepan dengan kapal pemburu ikan paus Jepun.

"Ya, ia menakutkan saya. Namun anda hanya perlu menerima apa yang berlaku dalam hidup anda.

"Ia merupakan hari yang penuh mendebarkan. Ia sangat mengujakan dan mencabar yang akhirnya saya merasakan seperti membuat sesuatu untuk menghentikan pemburuan ikan paus,

P/S

Elok sangat-sangat la tu..Yela.., kalau kita tak tolong ikan-ikan paus tu siapa lagi.. Jadi sedarlah..!!!

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Aktivis paus..

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?