Cinta..  

Saturday, January 22, 2011


Cinta jarak jauh seksa jiwa

'JIKA kita mencintai seseorang, kita pasti sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi'. Begitulah indahnya bercinta. Biar pun tidak berada dekat, cinta suci sentiasa mendoakan yang terbaik untuk orang dicintai. Dugaan percintaan memang tiada hentinya. Sememangnya perasaan rindu dendam adalah satu naluri manusia yang hangat bercinta. Jika seseorang itu sedang belajar, keupayaan untuk berada dekat dengan kekasih terbatas. Dari segi keutamaan, seseorang itu perlu menamatkan pengajian kerana menuntut ilmu adalah satu perjuangan murni. Secara fizikalnya, memang jarak dengan kekasih adalah jauh. Tetapi, dalam dunia penggunaan teknologi memungkinkan hubungan dibina sepantas kilat. Hubungan yang jauh boleh didekatkan iaitu dengan melalui telefon, e-mel, facebook, dan twitter.

Jika kalian mengetahui arah tuju hubungan yang sebenar. Seterusnya kalian perlu berbincang dan merancang apa yang kalian inginkan dalam perhubungan ini. Selagi kalian masih tidak jelas arah tuju hubungan, perasaan was-was sama ada hubungan itu berjaya atau sebaliknya sentiasa bermain di fikiran dan emosi anda. Jarak yang jauh ditambah dengan perasaan was-was mengenai hala tuju perhubungan membuatkan anda murung. Kesetiaan dalam percintaan juga boleh mendekatkan jarak hubungan. Walaupun jauh, tetapi jika masing-masing ikhlas bercinta dan jujur.., yang jauh pasti tetap di hati. Semoga cinta anda ibarat 'ruang kosong di antara celah-celah jari kita yang dicipta untuk dipenuhi jari-jari orang lain'.

P/S

Jadikan lah ianya sebagai panduan Bercinta jarak jauh... Itu pun kalau korang rasa sesuai untuk diri korang..


RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Cinta..

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?