MENANGIS..  

Monday, August 2, 2010

MENANGIS : Bagi seorang muslim yang mukmin,
menangis merupakan buah kelembutan hati dan pertanda kepekaan jiwanya
terhadap berbagai peristiwa yang menimpa dirinya maupun umatnya..
Rasulullah SAW menitiskan air matanya ketika ditinggal mati oleh
anaknya, Ibrahim.. Abu Bakar Ashshiddiq r.a digelari oleh anaknya Aisyah
r.a sebagai Rojulun Bakiy (Orang yang selalu menangis).. Beliau
senantiasa menangis.., dadanya bergolak manakala solat dibelakang
Rasulullah SAW kerana mendengar ayat-ayat Allah.. Abdullah bin Umar
suatu ketika melewati sebuah rumah yang di dalamnya ada seseorang yang sedang
membaca Al Qur'an, ketika sampai pada ayat: "Hari (ketika) manusia
berdiri menghadap Tuhan semesta alam" (QS. Al Muthaffifin: 6).. Pada
saat itu juga beliau diam berdiri tegak dan merasakan betapa dirinya
seakan-akan sedang menghadap Robbnya.., kemudian beliau menangis.
Lihatlah betapa Rasulullah SAW dan para sahabatnya benar-benar memahami
dan merasakan getaran-getaran keimanan dalam jiwa mereka. Lembutnya
hati mengantarkan mereka kepada derajat hamba Allah yang peka..

P/S

Walaupun rentetan ini tidak panjang, namin syahdunya rentetan ini..
Isnin ; 10.21 pagi

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ MENANGIS..

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?