Firman Allah SWT  

Friday, August 6, 2010

Terlebih dahulu`saya`mintak maap bebanyak le..., cz `saya` udah lame idak update blog `saya`ni.. Almaklum la bln puasa ni.., `saya`penat.. So klu udah penat, idea nak menulis pun kering le he,he...

Adakah kita melakukan banyak kebaikan atau keburukan..?? Emm..jawapan mungkin hanya ada pada diri kita sahaja.. Semoga kalian teman2 ku....berkesempatan mengisi masa yang diberi oleh-Nya.. dengan manfaat yang boleh dimanfaatkan oleh diri sendiri juga orang lain...Amin....

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kamu." ( Surah al-Maidah: 3 ) Hari yang dimaksudkan ialah hari Arafah, iaitu hari Jumaat sewaktu Rasulullah SAW mengerjakan Hajjatul Wada' ( haji yang terakhir ). Ayat ini diturunkan ketika Rasulullah SAW sedang berwuquf di Arafah.. 81 hari kemudiannya Rasulullah SAW pun wafat.. Allah SWT telah menjelaskan di dalam ayat ini bahawa Dia telah menyempurnakan bagi kita agama kita, maka ia tidak akan kurang dan tidak memerlukan kepada sebarang tambahan untuk selama-lamanya.. Dengan itu telah diakhiri semua nabi dengan Nabi kita, ke atas mereka semuanya selawat dan salam...Subhanallah.. Dalam ayat ini juga diterangkan bahawa Allah SWT meredhai untuk kita agama Islam.. Ia berarti Allah SWT tidak akan murka untuk selama-lamanya dan Dia tidak menerima agama lain selain daripada Islam.. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan sesiapa yang mencari agama lain selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak daripada kalangan orang yang rugi. ( Surah Ali Imran: 85 ) Firman Allah SWT lagi yang maksudnya : Sesungguhnya agama ( yang benar dan diredhai ) di sisi Allah ialah Islam. ( Surah Ali Imran: 19 ) Subhanallah...Allahu Akbar..Penyempurnaan agama Islam dan penjelasan tentang hukum-hakamnya merupakan nikmat untuk dunia dan akhirat. Oleh sebab itu, Allah SWT telah menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: "Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu." Ayat yang mulia ini merupakan nas yang jelas bahawa agama Islam tidak meninggalkan walau satu perkara pun yang diperlukan oleh manusia di dunia dan akhirat kecuali dinyatakan semuanya. "Allahu Akbar...lalu..apa lagi yang kalian ragukan..?? Islam agama yang cukup sempurna..cukup indah...Subhanallah...moga kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang lalai...Amin...."
"ISLAM AGAMA SEMPURNA"

  • Jangan lupa tunaikan solat.. buat semua muslimin... :) maaf.. andai ada yg salah..
P/S Amcam.. ada paham.. Isnin ; 09.37 pagi..

SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA PEMBACA-PEMBACA YG SUDI MELAYARI DAN MEMBACA BLOG SAYA INI.. SELAMAT MENYAMBUT BLN RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN INI.. ALLAHUAKBAR..!!!

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Firman Allah SWT

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?