Bila Solat..  

Friday, July 23, 2010

"Bila Solat Di Pandang Rendah!"..

Suatu perkara yang menarik untuk dibicarakan kali ini berkenaan sikap atau tanggapan sesetengahmasyarakat memandang rendah amalan solat yang menjadi teras kepada keIslaman selepasmelafazkan kalimah syahadah. Contohnya kalau sakit sahaja maka mereka beranggapan terluputlah kewajipan solat itu walau pun sakit tu tak seberapa. Bila anggota wudhu' berbalut luka maka itudijadikan alasan untuk tidak bersolat. Dan apabila berpergian ke suatu tempat yang jauh maka itu dijadikan sandaran untuk tidak bersolat. Dan apabila sibuk sahaja, itu juga turut dijadikan modal untuk tidak bersolat. Dan ada pula dengan mudah mengqadhakan sahaja solat apabila berlaku sebarang gangguan. Sesetengah dikalangan kita beranggapan apabila menunaikan solat mesti lengkap dengan kain pelikat, berbaju melayu dan bersongkok hitam. Jika tidak maka tak sempurnalah amalan solat itu. Begitulah longgarnya fahaman berkenaan solat itu. Menjadikan kefardhuan solat hanya dilakukan di waktu senang dan aman sahaja. Wal hal Islam meletakkan solat itu sebagai tiang agama. Bermakna jika tiang tidak didirikan seolah-olah telah meruntuhkan agama. Kalau hanya melakukan amal soleh seperti puasa, zakat, berakhlak mulia, tolong menolong dan segala bentuk amal yang lain tetapi solat diabaikan. Yang pasti amal itu tidak diterima Allah. Bagaimana amalan lain hendak diterima Allah sedangkan asas dan tiang iaitu solat tidak didirikan. Sedangkan amal-amal yang lain itu bertindak umpama dinding, tingkap, bumbung yang melengkapkan terbinanya sebuah rumah.Islam amat menitikberatkan supaya solat tetap diamalkan oleh hambaNya. Sebab itu Islam menyediakan kelonggaran bagi sesiapa yang uzur yang tidak boleh bersolat seperti biasa,dibenarkan solat duduk, kalau tak boleh di benarkan berbaring atau mengiring. Kalau tak boleh juga hanya melalui gerakan kelopak mata pun masih dibenarkan. Begitu juga bagi yang bermusafir, Islam memberikan bonus kepada ummatnya supaya mengerjakan solat secara jamak atau qasar. Selain itu bagi yang tidak boleh berwuduk seperti biasa dibenarkan bertayammum. Pendek kata walau dalam keadaan mana sekalipun situasi seseorang itu, solat pasti dikerjakan. Qadha solat hanya dibenarkan
kepada mereka yang terlupa dan tertidur sahaja. Tak lebih dari itu..Tok anjang bukan nak mengajar itik berenang kerana memang begitu fitrahnya itik. Jika tidak diajarpun itik tetap boleh berenang. Cumanya dalam hal solat ini kita saling memperingati di antara satu sama lain. Kadang-kadang kita dialpakan dengan kesibukan dan kecanggihan hidup dizaman ini. Yang pasti walau dalam keadaan mana sekalipun dan kita berada di zaman apa jua, solat lima waktu mesti ditunaikan. Itulah amal yang tidak boleh dikesampingkan.

P/S

Solat itu perkara yg diwajibkan bg setiap insan.. oleh itu jgnlah sesekali meninggalkannya..
Ahad ; 6.29 petang..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Bila Solat..

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?