Friday, July 23, 2010

  • Best cite ni....leh jadi pengajaran...

- Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi
hutan.

Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar
satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi
harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si
hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar
hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya.
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke
dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer.. Jadi dia bergantunganlah di tengah-tengah
perigi..

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya.. Si hamba Allah ni
pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa
kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak
selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau
bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor
tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg
hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu
pulak.

Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar
lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!
cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa
buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa
madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg
sedang bawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu
kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau
yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita,
so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan
Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba
bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka
panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur
kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia
lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit
lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.

Astaghfirullah...

P/S

So korang semua jadikanlah cerita ini sebagai pedoman hidup anda.. Disamping itu.., jgn lah sesekali kite melupakan Allah SWT.. Kerana dgn hanya pedoman dan hidayah daripada-Nya lah sahaja, kita dpt menempuhi hidup ini..
Sabtu; 01.46 pagi..
RENUNGKAN LAH


AddThis Social Bookmark Button


Renungan..  

"Renungan bersama"

Lelaki di akhir zaman ini...
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Keberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..

P/S

Renungkan..
Sabtu ; 0157

RENUNGKAN LAH

AddThis Social Bookmark Button


10 TANDA HATI KITA MATI

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Wallahua'lam

P/S

Bacalah dan Ingatilah..
Sabtu; 01.55..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


ceramah..ustaz azhar idrus  

"Makanan,minuman dan pakaian ahli neraka..

-ahli neraka terlalu panas,lalu mintak hujan..1000 tahun baru dtg awan,lalu hujan api turun..makin bertambah seksaan mereka

-ahli neraka panggil malik,70 ribu tahun malik xlayan mereka..lau ahli neraka mengadu kat Allah..kemudian Allah perintah Malik layan mereka.malik tanya nak ape?mintak air sebab dahaga
.
-hamin-sejenis minuman utk ahli neraka-bila pegang jari putus,bila nak letak kat mulu mata tercabut,muka dlm ketakutan

-makanan xpernah kenyang-putus segla urat perut,geledak isi perut,sampai otak pun gelego\ak,gusi dan geraham gigi cair,keluar api ikut mulut.

-nabi cerita kat sahabat menangis semua
daging manusia hancur bila makan

P/S
Ingatlah
Sabtu ; 02.02

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


Hanya Peringaran..  


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Wassalam.

P/S
Ingatlah... Jgn sesekali kita melalaikannya
Ahad ; 02.18 pagi..

RENUNGKAN LAH

AddThis Social Bookmark Button


“SELOKA AURAT”

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
kalau boleh seikhlas hati…

Hehe…share je la..xpayah mintak izin…=)

P/S

Dah 2.., x reti2 lagi... tutup la betol2...
Ahad ; 02.23 pagi..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


“Tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan, cuma kami pandang lama je la ?” tanya seorang pemuda berumur 35 tahun kepada saya sambil tersenyum-senyum selepas dia merenung wanita berskirt di hadapannya.

Ia adalah satu perkara yang amat menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari sikap sebahagian umat Islam hari ini mengambil ringan tentang hukum Islam.

Berkenaan larangan melihat kali kedua kepada aurat ini diriwayat dalam beberapa buah hadith, antaranya hadith :

“Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata:Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang melihat (aurat wanita)secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!” (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) – Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya.

Demikian juga kata Baginda SAW kepada Ali KW :

Ertinya : “Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain,
kerana yang pertama bagimu (diampunkan) dan tidak bagi yang kedua”
( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani :Hasan)

Artis & Lawak Hukum

Lebih teruk lagi terdapat artis Malaysia yang sanggup menggunakan lafaz-lafaz Islam seperti ‘MashaAllah’ dan ‘InshaAllah’ serta ‘Allahu Akbar’
dalam lakonan lawak mereka sambil sengaja disebut dalam bentuk yang
melucukan. Ini amat jelas memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia amat kerap dilakukan oleh satu kumpulan pelawak Malaysia yang terkenal.. Moga mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Demikian juga dengan ucapan alhamdulillah bagi seorang artis yang
berpakaian separuh bogel dikhalayak umum apabila berjaya meraih sesuatu
anugerah di media. Atas nama seni dirasakan tindakannya halal. Pada
hakikatnya jika lakonannya itu penuh dengan adegan ‘peluk sana sini’
dan ‘dedah sana sini’, maka di ketika itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia yang diiktiraf Islam. Ia adalah seni ‘fasad’ yang berdosa dan tidak layak diraikan dengan ungkapan mulia Islam.

Ketika itu, kemenangan mereka di atas pentas dan melafazkan ucapan
sedemikian adalah satu bentuk mempermainkan hukum dan lafaz Islam di
tempat yang tidak sewajarnya. Seolah-olah seorang yang ingin merompak
membaca ‘Bismilah’ ketika memulakan rompakannya dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ apabila berjaya terlepas dari kejaran polis,
atau menyebut ‘Alhamdulillah’ di dalam tandas, atau seperti seorang peminum arak mengucapkan “alhamdulillah” apabila menyelesaikan minumannya.

Menurut kaedahnya, semua ini menambahkan lagi dosa si pelaku terbabit disebabkan wujud unsur penghinaan samada secara langsung atau tidak langsung kepada hukum serta lafaz mulia Islam. Walaupun mereka tidak langsung berniat untuk menghina lafaz mulia itu.Apabila ia adalah sebuah hukum atau ucapan zikrullah, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan atau menyebutnya di tempat yang tidak sewajarnya. Nabi SAW bersabda :-

Ertinya : ” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka sejauh antara timur dan barat” (Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari,Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)

Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskan bahawa erti hadith ini adalah seorang yang bercakap tanpa jelas maksud ayatnya sehingga menjadikan ia boleh membawa maksud yang pelbagai sehingga sebahagiannya boleh mencarikkan sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376)

Hina Islam, Bertudung & Bermaksiat
Lebih Besar Dosa..

“Amat memalukan la ustaz, saya baru jumpa satu video yang tunjukkan
pasangan melayu ditangkap di tasik-tasik dan tempat awam tengah
bercumbuan, apa pandangan ustaz,hampir 95 % darinya bertudung jenis
tak sempurna tu ustaz, ustaz tau tak?”tanya seorang pendengar kuliah saya sejurus selepas kuliah saya berkenaan aurat.

Kemudian selang beberapa hari, pemuda ini menghantar email kepada saya
beserta satu petikan video yang dimaksudkan. La Hawla Wala Quwwata
Illa Billah.. wa Inna lillahi wa innailaihi rajiun.. memang amat
mendukacitakan.

Pemuda itu juga menulis seperti ‘kepeningan’ dan ‘kebingungan’
dengan persekitaran ini dengan katanya “Boleh tak agaknya saya buat
kesimpulan bahawa hampir semua wanita yang bertudung pendek atau fesyen,
dengan kain belah atau baju sempit atau baju kurung biasa, semua ni jenis yang ‘murah’ dan boleh diajak seks bebas dengan mudah hari ni, apa
pandangan ustaz?” Mengurut dada saya mendengar kesimpulan pemuda berpakaian kemas dan bekerjaya profesional ini.Sudah tentu amat marah para wanita dengan kesimpulan si pemuda ini.

“Saya hanya masih percaya dengan wanita yang berjubah dan bertudung
labuh sahaja sekarang ini ustaz,harapnya mereka dapat pertahan maruah
dan kesucian mereka serta tak jadi macam si pemakai tudung pendek yang
terbukti tiada banyak beza dengan free hair” katanya lagi dengan tegas.

Selepas pemuda ini mengutarakan pendiriannya barulah saya memberikan
penjelasan panjang lebar. Bagaimanapun saya belum berhasrat menyebutnya diruangan ini, cukuplah saya dedahkan betapa kecewanya pemuda professional ini dengan apa yang berlaku di hadapan matanya.

Kesimpulannya, wahai wanita bertudung kembalikan maruah anda dengan tutupan aurat yang sebenarnya, akhlak wanita Islam yang sebenarnya, janganlah merosakkan imej Islam itu dengan maksiat yang amat dimurkai Allah SWT. Sesungguhnya kenikmatan duniawi amat amat sementara, carilah kenikmatan akhirat yang kekal abadi.

Dari sudut hukum pula, hal wanita bertudung yang melakukan maksiat,
dosanya sudah tentu lebih hebat dari wanita yang tidak bertudung yang
melakukan maksiat. Hal ini boleh difahami dari ayat seperti :-

Ertinya : Wahai isteri-isteri Nabi, barangsiapa di antaramu yang melakukan maksiat dengan jelas, maka di gandakan azab buatmu dua kali ganda” (Al-Ahzab: 59)

Memang benar ayat ini ditujukan khas buat isteri-isteri Nabi SAW disebabkan kemulian dan kedudukan mereka yang sangat mulia, bagaimanapun ayat ini sebenarnya menggariskan bahawa setiap kali bergandanya kemuliaan, maka bergandalah dosanya (jika melakukan maksiat), demikian hukuman ke atas wanita bebas lebih berat dari wanita hamba sahaya di zaman silam. Dikatakan sebabnya adalah kerana bertambahnya
mudarat dan penghinaan kepada Nabi SAW (Al-Jami’ Li Ahkam AL-Quran ; AL-
Qurtubi, 14/ 114 dengan sedikit pindaan )

Demikian jualah bagi wanita bertudung yang telah menaik tarafkan
kedudukannya dengan kemuliaan Islam,tetapi kemudiannya melakukan maksiat.Maka jika bersandarkan kaedah di atas,jelaslah dosa mereka bertambah besar kerana maksiat itu sendiri dan merosakkan imej Islam secara jelas.Bertawbatlah. Demikian juga halnya maksiat (termasuk pelaburan internet yang disepakati haram secara sepakat ulama dunia dan Malaysia) yang dilakukan oleh seorang ustaz yang jauh lebih besar dosanya dari dosa oleh lelaki biasa di sebabkan imej dan kedudukan yang dibawanya.

Sekian,

Ust Zaharuddin Abd Rahman
28 April 2007 ( 10 Rabiul Akhir 1428H)

P/S

Jgn lah kita sesekali mempermain-mainkan lafaz2 Islam di dalam kehidupan sehari-hari... BERDOSA.. BURUK AKIBATNYA.. Aku pelik arr.. Kumpulan lawak mana yg dimaksudkan 2..
Ahad ; 5.56 petang..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


Cerita..  

  • "kerana sebiji epal"

Di sebuah pekan kecil bernama Syam, tinggal seorang pemuda bernama
mat salleh, yg berasal dari keturunan Imam Hasan r.a. Pada suatu
hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di
tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yg
dihanyutkan oleh arus sungai tersebut. Menyedari keadaan dirinya yg
sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan,
tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai
itu lalu dimakan.
Tiba-tiba timbullah rasa kesal dlm hatinya kerana menyedari bahawa
beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya. Lalu mat
salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak
sebatang pohon epal yg lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di
tepi sungai tersebut. Yakinlah mat salleh bahawa inilah pohon yg
dicari, maka beliau pun segera menemui
pemilik pohon epal berkenaan.
Tatkala melihat mat salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji
epal yg dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon
tersebut bahawa mat salleh adalah seorang pemuda yg wara’. Pemilik
pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yg amat disegani di kawasan
itu yg berasal drp keturunan Imam Husin r.a, dikenali sbg Syeikh
Abdullah. Beliau tertarik pd keikhlasan dan ketaqwaan mat salleh
lalu berhasrat utk mengujinya dgn mengenakan syarat agar Abu Salleh
bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal mat salleh
pun bersetuju dgn syarat tersebut.
Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi mat salleh berjumpa dgn
Syeikh Abdullah utk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini
Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd
mat salleh. Syeikh Abdullah bersedia memaafkan mat salleh seandainya
beliau menikahi puterinya, seorang yg digambarkan sbg lumpuh, buta,
tuli dan bisu. Apabila memikirkan balasan yg bakal diterima di
kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan drp Syeikh
Abdullah, mat salleh redha dan bersetuju utk menikahi puteri Syeikh
Abdullah.
Pada malam pernikahan tersebut, mat salleh masuk ke kamar tidur dan
memberi salam kpd isterinya. Melihat seorang wanita yg cantik berada
di dalam bilik itu, mat salleh segera
beredar menuju ke tempat
Syeikh Abdullah kerana menyangkakan ada wanita lain yg menceroboh
masuk ke dalam kamar tidurnya. Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan
berkata:
“Wahai mat salleh, mmg itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku
katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke
tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli
kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak
pernah menuturkan sesuatu yg sia-sia.”
Bersyukurlah mat salleh atas anugerah yg tak terhingga, hikmah drp
sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah SWT ke atas dirinya.
Hasil dari perkahwinan pasangan yg soleh ini lahirlah seorang wali
Allah yg amat masyhur dari keturunan Rasulullah SWT, yg bernama
Syeikh Abdul Kadir Jailani. Beliau amat dikenali dgn
gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.

Allahu a’lam bisshawab.

P/S

best x..?
Ahad ; 6.06

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


peringatan berguna..  

Peliknya....
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya
hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi
Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud
2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya. (alamak! terkena!)
Piala dunia nanti..hehe

Peliknya....
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi
Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut
menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg
taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian
seseorang ulama dan solehin?AF laknaktullah..katakan tak nak pada AF.

Peliknya....
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi
pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan
nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit
utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk
menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya....
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih
sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian
Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran
tak ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa.

Peliknya....
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan
sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan
meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf
walaupun 5 minit cuma.

Peliknya....
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup
peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak
elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya....
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12
mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak
ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,saat yg
ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak
ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya....
setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang
bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang
yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan.....

P/S

pelikkan..
Ahad ; 6.15 petang..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


7 KEADAAN WAJAH  

"7 KEADAAN WAJAH DLM KUBUR"--sama2 kita ambik iktibar..

1.Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat..

  • Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi..
  • Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu dan lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja, malah tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak? klu x ada xpe., ambik ubat nyamuk..
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam..
  • Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup..
  • Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram.Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya..
  • Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai..

  • Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh..

moga kita berwajah no 7..sama2 kita bykkan amalan kita utk akhirat..

P/S

Oleh itu.., bersama-samalah kita bersungguh-sungguhlah mengejar yg no. 7 itu..
Ahad ; 12.21 pagi..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


Bila Solat..  

"Bila Solat Di Pandang Rendah!"..

Suatu perkara yang menarik untuk dibicarakan kali ini berkenaan sikap atau tanggapan sesetengahmasyarakat memandang rendah amalan solat yang menjadi teras kepada keIslaman selepasmelafazkan kalimah syahadah. Contohnya kalau sakit sahaja maka mereka beranggapan terluputlah kewajipan solat itu walau pun sakit tu tak seberapa. Bila anggota wudhu' berbalut luka maka itudijadikan alasan untuk tidak bersolat. Dan apabila berpergian ke suatu tempat yang jauh maka itu dijadikan sandaran untuk tidak bersolat. Dan apabila sibuk sahaja, itu juga turut dijadikan modal untuk tidak bersolat. Dan ada pula dengan mudah mengqadhakan sahaja solat apabila berlaku sebarang gangguan. Sesetengah dikalangan kita beranggapan apabila menunaikan solat mesti lengkap dengan kain pelikat, berbaju melayu dan bersongkok hitam. Jika tidak maka tak sempurnalah amalan solat itu. Begitulah longgarnya fahaman berkenaan solat itu. Menjadikan kefardhuan solat hanya dilakukan di waktu senang dan aman sahaja. Wal hal Islam meletakkan solat itu sebagai tiang agama. Bermakna jika tiang tidak didirikan seolah-olah telah meruntuhkan agama. Kalau hanya melakukan amal soleh seperti puasa, zakat, berakhlak mulia, tolong menolong dan segala bentuk amal yang lain tetapi solat diabaikan. Yang pasti amal itu tidak diterima Allah. Bagaimana amalan lain hendak diterima Allah sedangkan asas dan tiang iaitu solat tidak didirikan. Sedangkan amal-amal yang lain itu bertindak umpama dinding, tingkap, bumbung yang melengkapkan terbinanya sebuah rumah.Islam amat menitikberatkan supaya solat tetap diamalkan oleh hambaNya. Sebab itu Islam menyediakan kelonggaran bagi sesiapa yang uzur yang tidak boleh bersolat seperti biasa,dibenarkan solat duduk, kalau tak boleh di benarkan berbaring atau mengiring. Kalau tak boleh juga hanya melalui gerakan kelopak mata pun masih dibenarkan. Begitu juga bagi yang bermusafir, Islam memberikan bonus kepada ummatnya supaya mengerjakan solat secara jamak atau qasar. Selain itu bagi yang tidak boleh berwuduk seperti biasa dibenarkan bertayammum. Pendek kata walau dalam keadaan mana sekalipun situasi seseorang itu, solat pasti dikerjakan. Qadha solat hanya dibenarkan
kepada mereka yang terlupa dan tertidur sahaja. Tak lebih dari itu..Tok anjang bukan nak mengajar itik berenang kerana memang begitu fitrahnya itik. Jika tidak diajarpun itik tetap boleh berenang. Cumanya dalam hal solat ini kita saling memperingati di antara satu sama lain. Kadang-kadang kita dialpakan dengan kesibukan dan kecanggihan hidup dizaman ini. Yang pasti walau dalam keadaan mana sekalipun dan kita berada di zaman apa jua, solat lima waktu mesti ditunaikan. Itulah amal yang tidak boleh dikesampingkan.

P/S

Solat itu perkara yg diwajibkan bg setiap insan.. oleh itu jgnlah sesekali meninggalkannya..
Ahad ; 6.29 petang..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


Baca Al-Quran  

"Baca Al-Quran walaupun sepotong ayat"

  • ada ketenangan baru baca article kat bawah ni..pastu muhasabah diri kita,pastu share..tak mintak izin tak pe..share je..

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musi favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu lalai membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya......
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali! , kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu..

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

wallahualam..hamba yg hina..

P/S

Hayatilah..
Isnin ; 12.48 pagi..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


Cerita Iktibar..  

Cerita Yang Boleh Dijadikan Iktibar Buat Kita Semua...

Assalamualaikum..

Just nak kasi pendapat..

Orang yang bertudung tapi still pakai baju ketat ni memang sebenarnya tak elok. di samping tak penuhi kehendak syarak dia orang ni sekaligus menjatuhkan imej orang
bertudung. sebab tu respect orang kat perempuan yang bertudung dah hilang. pada saya,orang tak anggap bertudung sebagai satu aktiviti dakwah kecil yang
besar manfaatnya pada Islam.kat sini saya nak kongsi satu cerita yang saya
dapat dari satu laman web. (dah diubah suai sebab bhs indon)

Dalam kisah ini.., saya menggunakan nama samaran... HARAP MAKLUM..

  • KISAH BENAR

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun,perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang kerumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakanguru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali
berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa,
adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun takpakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu". Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa,tak dapat
dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama
mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya,"abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya,saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia
menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyakCALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya diMadiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibumemberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah di akhirhidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskanwaktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya
buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini.. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan
bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung'
hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan
dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa,
bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung. . . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta
tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam...

P/S

Ini adalah antara jawapan-jawapan yg sepatutnya kita beri.., jikalau soalan-soalan seperti ini ditujukan kepada kita..
Isnin ;01.10 pagi..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


Ciri-ciri..  

  • “ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain..”
Yang dimaskudkan hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya..

Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat ATAU berhias cantik didalam internet samada dalam frienster atau lainnya, sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.. Menyertai frienster tidak
semestinya perlu menonjokan kecantikan wajah atau tubuh badan.. Menulis dengan tulisan2 yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah dan dapat mengembangkan tali persahabatan diantara sesama manusia..

  • Wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.. Lagipun wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki..;-
AllahSubhanahu SWT berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita …
.”(QS. Ali Imran : 14)

  • Rasulullah SAW ;
Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama
kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”

  • Rasulullah ;
Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya :
“Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaitan.”

Para wanita menyerupai syaithon karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu
hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya..

  • Sabda RASULULLAH S.A.W.;-
Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)

  • Jarir bin ‘Athiyyah al-Khathafi bersenandung:
Sesungguhnya indahnya mata-mata hitam wanita jelita.. Telah membunuh kita dan tiada lagi menghidupkannya.. Mereka pun taklukkan si cerdas hingga tiada berdaya.. Sedang mereka manusia paling lemah dari ciptaan-Nya..

Berdasarkan dalil2 ini dan ilmu2 yang diketahui dan jika ditanya, bolehkah muslimah memaparkan gambarnya pada lelaki bukan mahram umpamanya di Friendster, facebook atau sebagainya, maka jawabnya walau menutup aurat sekalipun tidak boleh dan inilah sebaik2
jawapan..;- Pakailah tudung atau pakai niqob, juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum.. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram..

Ada yang memberi alasan bahawa jika dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal.. Maka jawabnya ;-
tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan2 lama akan kenal.., mungkin ada banyak lagi perkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya.., itu semua alasan semata2 untuk membenarkan apa yang kita buat..

Wallahu’alam..-Aliff Jaini..

**mohon
disebarkan pada yg lain, harap setiap orang dapat copy semua note2 d
profile ana ini dan sebarkan pada yang lain sebelum ana delete profile
ini.

P/S

Cantik sungguh petikan ini.. Wajar kita semua mengambil iktibar dari semua ini.., terutamanya pada kaum Muslimah..
Selasa ; 10.22 pagi..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


Istighfar..  

jom kita beristighfar dan mengingati dosa-dosa yg kita telah lakukan..
"sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun"..

P/S

Marilah kita beristighfar moga Allah SWT mengampunkan segala dosa2 kita selama ini..
Selasa ; 10.43 pagi..

RENUNGKAN LAH..

AddThis Social Bookmark Button


Tuesday, July 20, 2010

Cerita Lawak Pendek

SIAPA NIE.....?

Seorang lelaki menelefon hospital untuk memberitahu bahawa isterinya nak bersalin.., dan jururawat hospital menjawab.. telefon lelaki tersebut..

Lelaki ; ''hello... tolong saya kerana isteri saya nak bersalin..!!''

Jururawat ; ''sila bertenang.. ini kelahiran anak yang p`tama ke?

Lelaki ''apa la punya bangang.. ni laki dia la..!!''

Jururawat ; ''erkkk..''


KERJA RUMAH.....

Seorang guru sedang bertanyakan kepada seorang anak muridnya...

Guru.. ''Ali.. mengapa awak tidak membuat kerja rumah yang cikgu berikan..?''

Ali.. ''emak saya cakap.., saya tak perlu buat kerja rumah..''

Guru.. ''kenapa emak awak berkata begitu..?''

Ali.. ''sebab semua kerja rumah.., mak saya yang buat..''


AddThis Social Bookmark Button


Gadis Penggoda...  

Gadis Penggoda

Sulaiman bin Yasir adalah seorang lelaki gagah dan tampan. Suatu hari, ia bersama seorang kawannya berniat pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Di suatu tempat, singgahlah mereka untuk berehat dengan mendirikan khemah. Dia tinggal di khemah sementara kawannya pergi berbelanja.

Dalam keadaan dia bersendirian di khemah, tiba-tiba muncul di hadapan Sulaiman seorang wanita cantik, seraya berkata: “Beri saya....”

Segera Sulaiman berganjak mengambil makanan, lalu diberikannya kepada wanita itu. Tetapi alangkah terkejutnya Sulaiman atas jawaban wanita itu: “Saya tidak menginginkan makanan. Saya inginkan bahagian dari lelaki yang biasa ia berikan kepada isterinya.”

Mendengar itu Sulaiman tersentak. Lalu ia berkata, “Engkau telah dipersiapkan iblis untuk menggodaku.”

Betapa gelisahnya hati Sulaiman. Ia menunduk dan meletakkan kepalanya antara dua lutut sambil menangis. Melihat keadaan demikian, gadis penggoda itu segera beredar meninggalkan Sulaiman. Tak lama kemudian terdengar langkah temannya datang.

Mata sembab Sulaiman belum sempat terhapus.
“Ada apakah gerangan wahai Sulaiman?” tanyanya.
“Aku teringat puteriku,” kata Sulaiman cuba berbohong.
“Tidak mungkin. Demi Allah, engkau pasti menyembunyikan sesuatu,” bujuk si teman. Kerana didesak terus, akhirnya Sulaiman menceritakan kejadian yang baru saja berlaku. Aneh, temannya yang mendengar cerita itu malah menangis terisak-isak. Sulaiman hairan dan tertanya-tanya.

“Mengapa engkau pula yang menangis?” tanya Sulaiman.
“Saya lebih layak menangis daripada engkau. Saya berfikir bahawa seandainya sayalah yang mendapat cubaan itu, seandainya sayalah yang berada di khemah ketika itu, entah apa yang terjadi,” ucapnya.

Kemudian sampailah Sulaiman di kota Makkah, bertawaf dan bersa’i di Kaabah. Ketika telah letih dan lelah, ia berbaring di sudut ruangan berselimutkan pakaiannya sendiri. Dalam tidurnya ia bermimpi bertemu lelaki tampan, wangi pula baunya. Ia berkata kepada lelaki itu: “Siapakah Tuan? Semoga tuan mendapat curahan rahmat.”

“Aku Nabi Yusuf As-Siddiq,” jawabnya.
“Sungguh, engkau mengagumkan wahai Nabi.... Engkau menang melawan godaan isteri Tuanmu,” kata Sulaiman.
“Sesungguhnya keteguhan engkau terhadap rayuan gadis itu mengagumkan pula!” Jawab Yusuf dalam mimpi itu.

Mimpinya itu menandakan bahawa Sulaiman akan dikumpulkan bersama-sama Nabi Yusuf yang berjaya menolak godaan wanita cantik...

AddThis Social Bookmark Button


Syair Sufi Kasih.....  

Syair Sufi Kasih...


Cinta yang terindah adalah mencintaiMu,.
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan dan keagungan.

Cinta yang indah hingga angin panas berasa salju ,
burung-burung menjadi girang ,
dan kasih dan cinta ku makin membara .

lantas ada yg bertanya....

“Di mana engkau berada?”

Aku berada dalam kenikmatan
kenikmatan dalam mencari kasih Ilahi,
Kasih yang sejati takkan pudar dihakis ombak,
takkan sakit diranjau onak duri,
dan kehidupan yang tiada nikmat dunianya
dalam mendambakan cinta-Nya.

Berada dalam cinta abadi kepada pencipta ku
Hidup dalam rahmatnya......
Bernyawa dengan rahmatnya....
Cinta abadi ini cinta yang diikat rapi
oleh nadi yang mengerakkan tasbih dan tahmid ku pada Mu,
Ayat-ayat cinta yang sama diucapkan oleh para malaikat Mu
Kami ini hanya mendapat rahamt dengan kehendakMu
Engkau lah ya Allah yang maha berkuasa dan maha pencipta cinta...

P/S

Puisi yang sungguh indah dan penuh dengan pengertian..
Ini lah pengertian cinta yang hakiki.. Hayatilah puisi ini dengan yang mendalam kepada Allah S.WT...
Rabu ; 10.00 pagi

AddThis Social Bookmark Button


4 PERKARA DITINGGALKAN, PASTI MENDAPAT SYURGA

HATIM AL-ASAM BERKATA :

” Sesiapa berpaling dari empat perkara akan mendapat Syurga''

1. Tidur kepada kubur- meninggalkan istirehat di dunia supaya dapat berehat dalam kubur kerana menggunakan masa di dunia sepenuhnya untuk beribadat kepada Allah Azzawajal.

2. Megah dengan timbangan – Meninggalkan sifat kemegahan kerana telah banyak melakukan ketaan pada Allah,maka Allah menambah pahala di atas sifat rendah diri tersebut.

3. Istirehat kepada Jambatan Sirat – Meninggalkan masa istirehat di atas Sirat Mustaqim dan mengisi masa tersebut dengan amal soleh.

4. 4-Keinginan kepada Syurga- meninggalkan segala sifat keinginan dunia yang tidak pernah kekal kerana Syurga dipagari dengan perkara-perkara yang tidak diinginkan.

4 KEHORMATAN ALLAH ANUGERAHKAN KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD
1- Nabi Adam A.S. berkata, aku telah melakukan dosa tetapi taubatku telah hanya diterima oleh Allah SWT semasa aku memohon keampunan dariNya di Mekah sahaja, sedangkan Umat Muhammad SAW boleh memohon keampunan dan bertaubat dimana-mana jua.

2-Nabi Adam A.S berkata. ketika aku berbuat dosa, aku dalam keadaan berpakaian, Allah SWT menelanjangkan aku, sedangkan umat Muhammad SAW melakukan dosa dalam keadaan telanjang tetapi Allah tetap memberi mereka pakaian.

3-Nabi Adam A.S. berkata, Allah memisahkan aku dan isteriku kerana aku melakukan dosa sedangkan umat Muhammad SAW yang melakukan dosa Allah tidak pisahkan mereka kerana dosa mereka.

4-Nabi Adam A.S berkata. aku telah melakukan dosa di syurga, maka Allah menghalauku dari syurga,walaupun aku telah bertaubat tetapi umat Muhammad SAW melakukan dosa diluar syurga dan bertaubat diluar syurga tetapi Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga apabila mereka bertaubat...

P/S

Apa lg... kan dah tau... PRAKTIK KAN LA.... lg mau suruh ka...
Rabu; 10.10 pagi

AddThis Social Bookmark Button


Bacalah....  

LAWAK BODOH..
MARKAH 100%

''Mama... hari ni saya dpt markah 100% di sekolah..,'' kata Yani kepada mamanya

Iya ke.. macam ni lah anak mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dpt markah 100%?.. tanya mamanya..

''Matematik 30%.., Bahasa Melayu 50% dan Sejarah 20%..

Erm.... ade gak budak yg mcm ni...

P/S

Mcm nii lah klu bdk dah bengap tahap gaban..
Rabu; 10.30 pagi


ASPARTAME:

Penyebab Pengerasan Otak & Tulang Sumsum Belakang & LUPUS
Aspartame penyebab wabak pengerasan otak atau sumsum tulang belakang dan lupus
Hati-hati dengan produk makanan dan minuman yang mengandung Aspartame kerana dapat menyebabkan pengerasan otak atau sumsum tulang belakang dan lupus.
Ketika ini terdapat wabak Pengerasan Otak atau Sumsum Tulang Belakang dan Lupus. Kebanyakan orang tidak tahu kenapa wabak ini terjadi dan mereka tidak mengetahui mengapa penyakit-penyakit ini begitu bermaharajalela. Saya akan beritahu Anda mengapa kita menghadapi masalah yang serius ini. Pada masa ini ramai orang menggunakan pemanis buatan.

Mereka melakukan ini kerana iklan di television yang memberitahu bahawa gula itu tidak baik untuk kesihatan mereka. Hal ini memang benar . Gula merupakan racun bagi tubuh kita, akan tetapi, apa yang orang-orang gunakan sebagai pengganti gula, lebih memudaratkan. Apa yang saya maksudkan di sini adalah Aspartame. Ini adalah punca wabak yang disebutkan di atas. Aspartame merupakan bahan kimia yang mengandungi racun, yang dihasilkan oleh perusahaan kimia bernama Monsanto. Aspartame telah dipasarkan ke seluruh dunia sebagai pengganti gula dan terdapat pada semua jenis minuman ringan untuk diet, seperti Diet Coke dan Diet Pepsi.

Bahan ini juga ditemui pada produk pemanis buatan seperti Nutra Sweet, Equal, dan Spoonful; dan ini banyak digunakan sebagai produk pengganti gula. Aspartame dipasarkan sebagai satu produk diet, tapi ini sama sekali bukannya produk untuk diet. Sebaliknya menjadi penyebab berat tubuh bertambah kerana ia sebenarnya lebih membuatkan Anda ketagihan karbohidrat.

Pertambahan berat badan hanyalah perkara kecil yang disebabkan oleh Aspartame. Sebalikny Aspartame adalah bahan kimia beracun yang dapat merubah kimia pada otak dan sungguh memudaratkan bagi orang yang menderita parkinson.

Bagi penderita diabetes, hati-hatilah bila menggunakan untuk jangka waktu yang lama atas produk yang mengandung Aspartame ini, kerana dapat menyebabkan koma, bahkan meninggal. Bila ada produk yang mendakwa bahawa produk itu bebas gula, Anda Sudah tahu bahawa produk tersebut memang mengandungi Aspartame. Jangan menggunakan produk tersebut !!...

Salah satu minuman suplemen yang mengandung ASPARTAME adalah serbuk effervescent EXTRA JOSS! Pada label tertulis: Mengandung Aspartame 0,06% [ADI 40 mg/kg BB].

Berdasarkan hasil tinjauan di salah satu supermarket di Bandung, selain EXTRA JOSS, produk-produk minuman lainnya yang juga mengandung ASPARTAME yaitu M-150, Hemaviton, Neo Hormoviton, Marimas, Hore..., Frutillo, Segar Sari, POP ICE Es Blender, Segar... Dingin, OKKY Jelly Drink, Sari Vit C, Naturade Gold, AQUA Splash of Fruit, FORTY PLUS.

Khabarkan pada semua orang yang Anda kenal dan sayangi akan bahaya dari produk yang mengandung Aspartame.

P/S

Elok la korang gi cek kesihatan korang..Kesian la kat diri korang.. klu kita sakit.., orang lain x menanggungnya.., tp yg nanggungnya.., korang jugak...
Rabu ; 10.35 pagi

AddThis Social Bookmark Button


Hahahahaha.... boleh jadi cerita...

S: Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?

J: Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut. Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

S:Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?

J:Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.

S: Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?

J: Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.

S: Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?

J: Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak. Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

S: Adakah betul kentut boleh menyalakan api?

J: Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

S: Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?

J: Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

S: Adakah kura-kura kentut?

J: Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

S: Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?

J: Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

S: Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?

J: Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan. Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut? Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

S: Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?

J: Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

S: Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?

J: Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain..

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.'

10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang b*d*h
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut.

P/S

Ishk-ishk.. O.... baru la aku tau mcm 2 rupanya...
Kentut la byk2....
Rabu ; 10.40 pagi

AddThis Social Bookmark Button


Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?