Tuesday, July 20, 2010

4 PERKARA DITINGGALKAN, PASTI MENDAPAT SYURGA

HATIM AL-ASAM BERKATA :

” Sesiapa berpaling dari empat perkara akan mendapat Syurga''

1. Tidur kepada kubur- meninggalkan istirehat di dunia supaya dapat berehat dalam kubur kerana menggunakan masa di dunia sepenuhnya untuk beribadat kepada Allah Azzawajal.

2. Megah dengan timbangan – Meninggalkan sifat kemegahan kerana telah banyak melakukan ketaan pada Allah,maka Allah menambah pahala di atas sifat rendah diri tersebut.

3. Istirehat kepada Jambatan Sirat – Meninggalkan masa istirehat di atas Sirat Mustaqim dan mengisi masa tersebut dengan amal soleh.

4. 4-Keinginan kepada Syurga- meninggalkan segala sifat keinginan dunia yang tidak pernah kekal kerana Syurga dipagari dengan perkara-perkara yang tidak diinginkan.

4 KEHORMATAN ALLAH ANUGERAHKAN KEPADA UMAT NABI MUHAMMAD
1- Nabi Adam A.S. berkata, aku telah melakukan dosa tetapi taubatku telah hanya diterima oleh Allah SWT semasa aku memohon keampunan dariNya di Mekah sahaja, sedangkan Umat Muhammad SAW boleh memohon keampunan dan bertaubat dimana-mana jua.

2-Nabi Adam A.S berkata. ketika aku berbuat dosa, aku dalam keadaan berpakaian, Allah SWT menelanjangkan aku, sedangkan umat Muhammad SAW melakukan dosa dalam keadaan telanjang tetapi Allah tetap memberi mereka pakaian.

3-Nabi Adam A.S. berkata, Allah memisahkan aku dan isteriku kerana aku melakukan dosa sedangkan umat Muhammad SAW yang melakukan dosa Allah tidak pisahkan mereka kerana dosa mereka.

4-Nabi Adam A.S berkata. aku telah melakukan dosa di syurga, maka Allah menghalauku dari syurga,walaupun aku telah bertaubat tetapi umat Muhammad SAW melakukan dosa diluar syurga dan bertaubat diluar syurga tetapi Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga apabila mereka bertaubat...

P/S

Apa lg... kan dah tau... PRAKTIK KAN LA.... lg mau suruh ka...
Rabu; 10.10 pagi

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?