Al-Fatihah  

Monday, April 19, 2010

Achik Spin Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ngeri

Penyanyi Achik (Spin) atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.

Dikhabarkan kejadian tersebur berlaku kira2 jam 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki terbabas lalu melanggar papan tanda.

“Achik (mangsa) meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

“Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur,” katanya di sini.

Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai telah cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.

P/S

Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau..:-


AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Al-Fatihah

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?