Masa Gembira..  

Tuesday, April 20, 2010







Assalammualaikum ak ucapkan pada smua readers setia blog ni... Sory arr cz dh lm ak x update blog ak ni.. Bkn ak mls.., tp laptop ak ni ade problem arrr.. So my father anto shop arr 4 dibaiki... X sangka plk aku yg depa amik mase yg lm 4 repair ak rase dlm sbln gakla... ni br dpt.., hrm... Alhmdllah skrng smuanya dah ok.. Dlm tmpoh pembaikan 2, x dpt la ak nk update blog ni..., sory bebanyak ye... (jgn mare)
Dlm tmpoh pembaikan 2,byk gakla perkara yg berlaku.., tp alhmdllah smuanya moment2 yg baik2 belaka.. Antaranya ak dpt berjumpa kembali dgn kwn2 sek men ak dlu yg kira2 dah 10 tahun kami x bertemu.. Rumah kami smua x la jauh mana.., tp masing2 sibuk dgn kerja.. Sungguhpun ak ni x bekerja tp korg tentu phm kan mcm mane keadaan ak... Klu ak sihat insyaAllah tentu kami x berpisah mcmni pya lm.. Akhirnya kami bertemu 1 sama lain di rumah ak.., tp ak x tau bilakah tarikhnya cuma yg ak igt kami berjumpa pada waktu malam dan seramai 4 org.. Pada bln 2 jgk, kwn baik ak, telah melangsungkan perkahwinanya di Kg.Telok Kepayang Bota Perak.. Ak ucapkan slmt berbahagia kepadanya mudah-mudahan perkahwinan yg dibina kekal hingga ke anak cucu TAHNIAH!!

Sebenarnya dlm tempoh pembaikan laptop ak..., byk perkara2 yg manis yg berlaku.., tp ak x blh nk tulis kat sini.., cz ak x dpt nk sertakan skali dgn gambarnya la.. Sepatutnya ak take pict tp ak pikior laptop ak x de, so ak x tangkap arr... Aduh nyesalnya...............


Aisey..., gambor jauh la plk...
Smart ar member ak ni.. SLMT BERBAHAGIA

Bravo2....!!!!!

P/S

Gambor ni pun ihsan dari kawan ak..
Hei...... Inilah yg dikatakan `klu dah x igt`...
Sory3....

AddThis Social Bookmark Button


Monday, April 19, 2010

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

Allahu Akbar…! Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

AddThis Social Bookmark Button


Al-Fatihah  

Achik Spin Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ngeri

Penyanyi Achik (Spin) atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 27, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.

Dikhabarkan kejadian tersebur berlaku kira2 jam 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki terbabas lalu melanggar papan tanda.

“Achik (mangsa) meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

“Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur,” katanya di sini.

Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai telah cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.

P/S

Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau..:-


AddThis Social Bookmark Button


Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?