40 Orang Terkaya Malaysia..  

Monday, February 22, 2010

Salam buat smua pengunjung setia blog ini..

Nilai kekayaan 40 rakyat Malaysia terkaya menyusut RM75.6 bilion pada tahun lalu, demikian menurut kaji selidik majalah, Malaysian Business.Menurut majalah itu, kekayaan terkumpul kesemua 40 individu dalam senarai berkenaan telah jatuh kepada RM96.30 bilion pada 16 Januari ini berbanding RM171.9 bilion, tempoh sama tahun lalu.

Menurut kaji selidik itu, jumlah kekayaan bagi hampir separuh 40 rakyat Malaysia terkaya jatuh sehingga 50 peratus atau lebih, menjadikan bilangan orang terkaya seramai 14 berbanding 19 orang tahun lalu. Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok masih berjaya mengekalkan kedudukan dalam senarai itu dengan nilai kekayaan sebanyak RM26.6 bilion berbanding RM58.1 bilion, tahun lalu.

Jurang antara beliau dan Ananda Krishnan selaku orang kedua terkaya, semakin kecil dengan harta berjumlah kira-kira RM20.1 bilion, diikuti oleh peneraju Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow (RM8.15 bilion) dan Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation (RM7.4 bilion).

Tempat kelima dalam senarai dipegang oleh pemilik Kumpulan Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan yang memiliki harta bernilai RM4.5 bilion berbanding RM11.1 bilion, tahun lalu. Balu kepada pengasas Genting Group, Tan Sri Lim Goh Tong, Puan Seri Lee Kim Hua muncul buat pertama kali dalam senarai dengan menduduki tempat keenam dengan nilai harta berjumlah RM3.5 bilion sekali gus menjadikan beliau wanita paling kaya di negara ini.

Individu lain dalam senarai 10 terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary (RM3.18 bilion), Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group (RM1.79 bilion), Tan Sri Tiong Hiew King dari Kumpulan Rimbunan Hijau (RM1.64 bilion) dan Tan Sri Azman Hashim dari Arab-Malaysian Corp (RM1.42 bilion).

Dan diantara muka-muka baru selain Kim Hua ialah adik beradik dari YTL Group iaitu, Datuk Yeoh Soo Min dan Datuk Yeoh Soo Keng manakala Datuk Kamarudin Meranun dari AirAsia Bhd. muncul semula dalam senarai itu setelah setahun tersingkir.

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia :-

1.(1) Robert Kuok AS$ 9 billion, 85, berkahwin, 8 orang anak.



2.(2) Ananda Krishnan AS$ 7 billion, 71, berkahwin, 3 orang anak.

3.(3) Lee Shin Cheng AS$ 3.2 billion, 70, berkahwin, 6 orang anak.

4.(5) Lee Kim Hua AS$ 2.5 billion, 80, janda, 6 orang anak.

5.(4) Teh Hong Piow AS$ 2.4 billion, 79, berkahwin, 4 orang anak.

6.(6) Quek Leng Chan AS$ 2.3 billion, 68, berkahwin, 3 orang anak.

7.(7) Yeoh Tiong Lay AS$ 1.8 billion, 79, berkahwin, 7 orang anak.





8.(8) Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.1 billion, 57, berkahwin, 5 orang anak.




9.(10) Tiong Hiew King AS$ 1 billion, 74, berkahwin, 4 orang anak.

10.(9) Vincent Tan AS$ 750 juta, 57, berkahwin, 11 orang anak.

11.(11) Azman Hashim AS$ 470 juta, 69, berkahwin, 5 orang anak.

12.(12) William H.J. Cheng AS$ 390 juta, 66, berkahwin, 3 orang anak.

13.(26) G. Gnanalingam AS$ 260 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.

14.(15) Lim Kok Thay AS$ 225 juta, 57, berkahwin, 3 orang anak.

15.(19) Anthony Fernandes AS$ 220 juta, 45, berkahwin, 2 orang anak.

16.(20) Mokhzani Mahathir AS$ 215 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.

17.(17) Lee Oi Hian AS$ 210 juta, 58, berkahwin, 4 orang anak.

18.(-) Chan Fong Ann AS$ 209 juta. 78, berkahwin.

19.(21) Kamarudin Meranun AS$ 205 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.

20.(24) Chong Chook Yew AS$ 200 juta, 87, janda, 4 orang anak.

21.(-) Chen Lip Keong AS$ 195 juta, 61.

22.(13) Lee Swee Eng AS$ 190 juta, 53, berkahwin.

23.(22) Jeffrey Cheah AS$ 185 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.

24.(27) Lim Wee Chai AS$ 180 juta, 51, berkahwin, 2 orang anak.

25.(34) Ahmayuddin Ahmad AS$ 175 juta, 52, berkahwin, 4 orang anak.

26.(23) Lee Hau Hian AS$ 174 juta, 55, berkahwin, 1 orang anak.

27.(29) Lau Cho Kun AS$ 165 juta, 73, berkahwin.

28.(16) Vinod Sekhar AS$ 150 juta, 41, berkahwin, 2 orang anak.

29.(33) Liew Kee Sin AS$ 140 juta, 50, berkahwin, 4 orang anak.

30.(32) Tiah Thee Kian AS$ 135 juta, 61, berkahwin, 5 orang anak.

31.(-) Rozali Ismail AS$ 130 juta, 53, berkahwin.

32.(36) Lin Yun Ling AS$ 115 juta, 54, berkahwin, 2 orang anak.

33.(18) Yaw Teck Seng AS$ 113 juta, 71, berkahwin.

34.(-) Goh Peng Ooi AS$ 112 juta, 53.

35.(35) Eleena Azlan Shah AS$ 110 juta, 49, berkahwin, 2 orang anak.

36.(31) David Law Tien Seng AS$ 105 juta.

37.(-) Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir AS$ 100 juta, 61, berkahwin, 3 orang anak.

38.(-) Hamdan Mohamad AS$ 98 juta, 53, berkahwin, 2 orang anak.

39.(-) Tan Teong Hean AS$ 95 juta, 65, berkahwin, 3 orang anak.

40.(28) Kua Sian Kooi AS$ 90 juta, 56, berkahwin, 4 orang anak.

" ketika Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary masih kecil.., Beliau dibesarkan di rumah kayu yang tidak mempunyai kerusi, meja dan katil.. Kini, beliau telah berjaya dlm hidup dan menjadi salah seorang bumiputera terkaya di Malaysia! "

P/S

Amboih byknyer duit... Org2 Malaysia ni kayo2.. Tp paling membanggakan aku ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,bumiputera terkaya di Malaysia!.., yg telah berjaya menempatkan dirinya dikalangan 40 org2 terkaya di Malaysia..Emm... Sape yg x nk jadi kaya btl x..? So korang smua harus lah jadikan smua ini sebagai iktibar kepada diri korang.. Igt lah.., bahawasanya Allah SWT tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan seseorang itu telebih dahulu berusaha utk merubah dirinya.. Wallahhualam..

AddThis Social Bookmark Button


Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?