GULA:-  

Sunday, January 3, 2010


GULA:-


Salam smua... Nampaknye skang ni harga gula dah naik.. Harga 2 berkuat kuasa pada Dis 31, 09.., jam 6:26pm.. Nampaknye habih le kite... Pas ni kite mkn or, minum ngak rase ape2 le... Hrm.., ape nak jadi... Ni le rupenye negara yg kite cintai selama ni... Negara yg suke menekan rakyatnye sendiri... Gayanya.., skang ni aku kene blajor arr proses gula sendri he2..

Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12tengah malam ini..
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.
Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga..

Menurut laporan, Mohd Zain berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan
kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram. "Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun."Tetapi memandangkan harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini, sebelum ini 14-16 sen US bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen US, kerajaan perlu menaikkan harga gula, " katanya kepada pemberita
Mohd Zain berkata jika tidak, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010. Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan anggaran penggunaan gula dalam negara pada tahun depan sebanyak 1.26 juta tan metrik.
Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).Katanya berdasarkan analisis kementerian, kesan kenaikan harga ke atas produk berasaskan gula adalah sangat minimum iaitu kira-kira 1 sen seperti bagi minuman dalam tin dan secawan teh tarik."Bagi minuman dalam tin, jika beratnya 325ml dengan anggaran kandungan gula 39 gram dan secawan teh tarik dengan anggaran kandungan gula 40 gram, kesan kepada kos kepada kedua-kedua barangan itu ialah 0.8 sen.
Hrm.. Udah deme ckp cam 2, sape le kite sebagai org awam yg kerdil ibarat ikan bilis ni nak buat... Deme kat atas besor bak jerung dh buat kenyataan cm 2...
Ape yg perlu dinaikkan harge tahle.., aku pun x tau.. Yg aku tau.., ladang tebu depa ok je.. Tak tebakaq pun.. Lain le klu tebakaq.. Nak naik harga pun.., naik la.. Klu psl 2 org x mrh.. Depa tau sbb ape... Ni x...!!! Setahu aku arrr.. Skang ni org terloded kat Malaysia ialah tokey gula.., btl x? Hrm.. Aku rase arrr.., sure depa ade komplote ngan goverment.. Erm.. Sbb 2 arr.. mcm2 reason yg depa berikan.. Awat...? syarikat gula depa dah nk bankrup ka.. Sampai terpaksa buat reason cm ni..? Aku rase arr.. Smua ni nk cover duit subsidi blk arr.. Yg jadi mangsa.., orang awam gak.. Sampai hati depa..Ishk2... Wallahualam...





AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ GULA:-

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?