ALLAHHUAKBAR..  

Monday, January 4, 2010





Salam untuk smua pengunjung blog ini..

Beberapa hari lepas negara kita telah digemparkan dgn 1 isu yg amat menyentuh umumnya sensitiviti org melayu dan khasnya umat Islam diseluruh pelusuk negara ini.., iaitu isu Kalimah Allah.. Ishk2... Dasat2... Kenapa la nak takut sgt nak habaq Kalimah Allah.., hanya blh diguna pakai oleh orang Islam aje.., nape..? Kenapa..,? takut kena pukul n bunuh..?!!.
Aku pun x tau la sbb ape.. Snang cite korang read arr.. artikel kat bwh ni..

Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan perkataan "Allah" di Mahkamah Rayuan bagi tindakan dan pembelaan sewajarnya demi memastikan kesucian

Islam di Malaysia terpelihara.

Justeru itu, Menteri di JPM Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam di negara ini supaya bertenang dan menghormati keputusan mahkamah serta memberi peluang perkara itu diselesaikan melalui proses perundangan.

Beliau berkata lagi "Dalam hal ini, saya akan mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan membincangkan perkara ini selanjutnya, " katanya dalam satu kenyataan hari ini..

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas yang telah membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catolic Weekly menggunakan perkataan "Allah". Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman K atolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Jamil Khir juga berkata Muzakarah Jawatankuasa F atwa Kebangsaan yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 mencapai keputusan bersetuju bahawa lafaz "Allah" merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam.

Kandungan itu berbunyi: "Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

"Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya den gan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Umum mengetahui bahawa negara Malaysia ni mengamalkan sistem demokrasi.. Majoriti rakyat negara ini adalah orang melayu dan beragama Islam.. 4 your information.., Islam adalah agama rasmi negara ini.., sejak sekian lama lagi.., dari tertubuhnya Malaysia.. Malaysia tidak melarang kebebesan beragama lain.. Tapi..!!, diulangi.., tapi!! Tolong arr.. (khas utk non muslim) hormat Agama Islam.. Aku sure org Islam x pernah pun menganggu gugat kusucian agama lain..

Jadi x salah arr.., klu aku katakan yg PM kita ni seorang yg penakut.. Hrm.. Awat la PM kita ni penakut sampai lagu ni... Klu dia campur tangan, n bersungguh2 dgn sepenuh hati utk memperjuangkan kesucian Kalimah Allah.., aku yakin, x de la jadi mcm ni.., aku ckp cm 2 pasal dia PM.., musykil2.... Hrm.., sebelum buat keputusan.., sikit2.., nak bermuasyarat dulu dgn ahli parlimen.. Mmg la bermesyuarat 2 baguih.. Tapi klu dlm hal mcm ni.., klu dia kata boleh.., boleh arr.., n klu dia kata x boleh.., ada ke org berani lawan ckp dia.. Aku berani ckp pasai dia PM Malaysia.. Dia ade power kat Malaysia ni.. Sapa x ikut ckp dia.., silap hari bulan.., org 2 dok dlm ISA le..

Artikel aku ni bkn berunsur hasutan.. So x yah le nk tangkap aku.. Ape yg aku tulis 2.., betoi apa..? Dlm soal ni smua perlu menyuarakan pendapat masing2.. Yg aku tau.., pendapat serta pandangan menteri2.., dah diambil.., tp.., kenapa x minta pendapat serta pandangan para ulama2 dipihak parti pembangkang..? x kan la nak dek kerana perbezaan politik, terus x nak dengar pendapat mereka kot..? Demokrasi kejadah ape namenye 2..





AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ ALLAHHUAKBAR..

Lata

Lata

ANDA PUAS MEMBACA...?